MYKASIH SEMAKAN BAYARAN 2026 : TELAH DIKREDITKAN ATAU BELUM

MYKASIH SEMAKAN BAYARAN 2026 : TELAH DIKREDITKAN ATAU BELUM

Penerima yang layak boleh mengetahui sama ada bayaran Bantuan MyKasih telah dikreditkan atau belum dalam Kad Pengenalan untuk digunakan bagi pengesahan pembayaran barang keperluan asas harian.

Bagaimanakah semakan bayaran MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2026 – SETIAP KATEGORI

MYKASIH SEMAKAN BAYARAN 2026

Rujuk panduan cara semakan status bayaran Bantuan MyKasih untuk mengetahui telah dikreditkan atau belum seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
  2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
  3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
    • [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
    • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
  4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
  5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
  6. Klik pada butang [LOG MASUK].
  7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  8. Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda yang aktif.
  9. Tandakan pada kotak [/] Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma Akses dan Notis Privasi.
  10. Klik pada butang [LOG MASUK].
  11. Halaman utama aplikasi MyKasih akan dipaparkan.
  12. Terus ke bahagian [Semakan Baki].
  13. Selesai.

SISTEM BAYARAN MYKASIH 2026

Bayaran Bantuan MyKasih dilaksanakan mengikut sistem seperti berikut :

  1. Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.

TEMPOH BAYARAN MYKASIH 2026

Namun, Kerajaan telah menetapkan tempoh bayaran dan tempoh penggunaan Bantuan MyKasih selama berikut :

TEMPOH BAYARANTARIKH TAMAT TEMPOH
12 Bulan
(Setahun)
31 Disember 2026

JADUAL BAYARAN MYKASIH 2026

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan MyKasih yang dijadualkan oleh Kerajaan bagi tahun 2026 :

BIL.TARIKH BAYARAN
1.9 – 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

KADAR BAYARAN MYKASIH 2026

Kadar bayaran Bantuan MyKasih adalah mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR BAYARAN
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
Bujang
Miskin Tegar
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
Bujang
Bukan Miskin
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • E-mel MyKasih : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment