SEMAK BANTUAN SARA UNTUK B40 TERBARU 2026
Supaya rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah seperti B40 dapat menampung peningkatan kos sara hidup, Bantuan Sara disalurkan dengan peruntukan sehingga RM15 billion untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semak Bantuan Sara Untuk B40? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN DAN BAKI BUDI95 TERBARU 2026
APA ITU BANTUAN SARA UNTUK B40?
Bantuan Sara untuk B40 adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tambahan di bawah program rahmah yang disalurkan khas untuk membantu rakyat berpendapatan rendah seperti B40 bagi menampung keperluan asas diri dan keluarga.
Setiap rakyat yang berpendapatan rendah (B40) yang berjaya lulus dalam permohonan STR akan secara automatik layak menerima Bantuan Sara yang dibayar secara bulanan menerusi Kad Pengenalan.
JUMLAH BANTUAN SARA UNTUK B40
Berikut merupakan jumlah Bantuan Sara yang dibayar untuk B40 yang daftar eKasih dan B40 yang bukan eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA B40 DAFTAR EKASIH | PENERIMA B40 BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| WARGA EMAS | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| BUJANG | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA UNTUK B40
Semua kategori penerima B40 sama ada yang daftar eKasih atau bukan eKasih akan terima bayaran Bantuan Sara pada tarikh yang sama seperti berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 9 – 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA untuk tahun 2026 :
- Warganegara : Malaysia;
- Had Umur :
- Isi Rumah : 18 tahun dan ke atas;
- Bujang : 21 hingga 59 tahun;
- Warga Emas : 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan :
- Bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Status eKasih :
- Miskin Tegar – Daftar;
- Bukan Miskin – Tidak Daftar;
- Lulus permohonan Bantuan STR Fasa 1 2026.
SEMAK BANTUAN SARA UNTUK B40
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sara, ikuti cara semakan lebih lanjut di bawah :
- Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (tanpa “-“).
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline SARA : 03-7720 1800 / E-melkan ke [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.