SEMAK KELAYAKAN DAN BAKI BUDI95 TERBARU 2026

SEMAK KELAYAKAN DAN BAKI BUDI95 TERBARU 2026

Bagi mengelakkan berlaku ketirisan subsidi minyak petrol RON95, Kerajaan menetapkan hanya rakyat Malaysia yang berkelayakan sahaja boleh mendapatkan minyak petrol RON95 dengan harga subsidi BUDI95 iaitu bernilai RM1.99 seliter berbanding harga tanpa BUDI95 RM3.72 seliter.

Bagaimanakah semak kelayakan dan baki BUDI95? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN SYUKUR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

KRITERIA KELAYAKAN BUDI95

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima subsidi BUDI95 :

KRITERIAKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur16 tahun dan ke atas
Kadar PendapatanTiada had pendapatan
(B40, M40 dan T20)
Pemilikan LesenMempunyai Lesen
Memandu Malaysia (LMM)
yang sah dan masih aktif
Jenis KenderaanKenderaan persendirian
menggunakan minyak
petrol RON95

JUMLAH KUOTA BAKI BUDI95

Setakat ini, kuota BUDI95 masih ditetapkan sebanyak berikut :

HARGA SUBSIDI
BUDI95
KUOTA BUDI95TARIKH KUOTA
DIPERBAHARUI
RM1.99 seliter200 liter sebulanSetiap 1 hari bulan

SEMAK KELAYAKAN DAN BAKI BUDI95

Untuk mengetahui status kelayakan dan jumlah baki kuota BUDI95, anda perlu buat semakan di portal rasmi seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
BUDI MADANI RON95https://www.budi95.gov.my/landing
  1. Sila layari pautan BUDI MADANI RON95 di atas.
  2. Halaman utama BUDI MADANI RON95 akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 880808123456.
  5. Tandakan pada kotak [ ] ‘Verify you are human’.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status kelayakan dan baki BUDI95 akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA ISI MINYAK GUNA BUDI95

Ikuti cara isi minyak petrol RON95 dengan menggunakan subsidi BUDI95 dengan mudah seperti berikut :

  1. Pergi ke stesen minyak berhampiran (Shell / Petron / Caltex / Petronas / lain-lain).
  2. Keluarkan Kad Pengenalan anda.
  3. Untuk bayaran di kaunter : berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan; atau
  4. Untuk bayaran di mesin pam : letakkan Kad Pengenalan pada terminal pembaca kad.
  5. Kad pengenalan anda akan disahkan sebagai penerima BUDI95.
  6. Nyatakan liter yang anda ingin isi.
    • Contoh : 10 liter.
  7. Bayar secara tunai / kad bank mengikut jumlah liter.
    • Contoh : RM1.99 x 10 liter = RM19.90.
  8. Isi minyak seperti biasa.
  9. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan BUDI95, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian BUDI95 : 1300 88 9595
  • Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
  • E-mel BUDI95 : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing.

Leave a Comment