SEMAK BANTUAN E KASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

SEMAK BANTUAN E KASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

Pelbagai bantuan yang disalurkan kepada individu yang tersenarai dalam rekod data eKasih, antaranya Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR) dan sebagainya bagi membantu meringankan bebanan hidup rakyat.

Bagaimanakah semak bantuan e kasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 2 SEMAKAN : CEK STATUS KELAYAKAN ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

JUMLAH BANTUAN E KASIH

  • Jumlah Bayaran Bantuan SARA eKasih :
    • Berikut merupakan jumlah pembayaran Bantuan SARA kepada penerima eKasih bagi tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN SARA KEPADA
PENERIMA EKASIH
ISI RUMAHRM2,100 Setahun
(RM100 / RM200 sebulan)
WARGA EMASRM1,650 Setahun
(RM100 / RM150 sebulan)
BUJANGRM600 Setahun
(RM50 sebulan)
  • Jumlah Bayaran Bantuan SUKUR Sabah eKasih :
    • Berikut merupakan jumlah pembayaran Bantuan SUKUR Sabah kepada penerima eKasih bagi tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN SUKUR SABAH
KEPADA PENERIMA EKASIH
SEMUA
(Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah)
RM3,600 setahun
(RM300 sebulan)

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN E KASIH

Pelaksanaan bantuan-bantuan di bawah eKasih adalah pada tarikh yang berbeza seperti berikut :

JENIS BANTUAN E KASIHTARIKH PELAKSANAAN
Bantuan SARA e KasihSetiap bulan selama 12 bulan :
15 Januari 2025
sehingga
Disember 2025
Bantuan SUKUR Sabah e KasihSetiap bulan selama 12 bulan :
19 Februari 2025
sehingga
Disember 2025

SEMAK STATUS BANTUAN E KASIH

Untuk mengetahui anda tersenarai dalam rekod data eKasih atau tidak, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA E KASIH

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH E KASIH

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan SUKUR Sabah seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : padans.sabah.gov.my.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Tekan butang [Semak].
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, syukur.sabah.gov.my.
  6. Masukkan (Nombor MyKad*) di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, tekan butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. ⁠Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ & https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment