STR FASA 2 SEMAKAN 2025 : CEK STATUS KELAYAKAN ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

STR FASA 2 SEMAKAN 2025 : CEK STATUS KELAYAKAN ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

Bilangan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka akan bertambah daripada 8.3 juta (penerima Fasa 1) oleh kerana pendekatan kerajaan membuka permohonan baharu dan juga rayuan membolehkan rakyat yang layak lulus untuk bayaran Fasa 2 nanti.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 2? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSALAM : LOGIN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN

STR FASA 2 SEMAKAN 2025

Berikut merupakan panduan semakan status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 secara online melalui pautan Portal Rasmi :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi
Sumbangan Tunai Rahmah
(STR)
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025

Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka akan mula dilaksanakan pada :

PERKARATARIKH BAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah
(STR) Fasa 2
3 April 2025 dan berperingkat
*Nota : Jika terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 daripada Kementerian Kewangan (MOF), pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025

Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza dan perlu disemak melalui Portal Rasmi. Berikut merupakan jumlah bayaran keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN STR 2025
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 anak ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 anak ke atas : RM1,250
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN STR 2025
Bujang / Balu / Duda / Janda
Umur 21 hingga 59 tahun
RM600
Bujang / Balu / Duda / Janda
Umur 60 tahun dan ke atas
RM600

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2025

Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah sama seperti kaedah pembayaran sebelum ini yang tertakluk kepada penerima seperti berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Boleh menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
  • Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
    • Boleh menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

Leave a Comment