BAKI SARA 2026 : CARA SEMAKAN BAKI DALAM MYKAD

BAKI SARA 2026 : CARA SEMAKAN BAKI DALAM MYKAD

Kadar baki elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad terkini, boleh di semak dengan mudah secara online di Portal Rasmi SARA, tanpa secara fizikal di kaunter pasar raya yang berdaftar Program SARA.

Bagaimanakah cara semakan baki sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD : SEMAK BAKI

CARA SEMAK BAKI SARA DALAM MYKAD 2026

Baki dan Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

JUMLAH BULANAN DUIT BANTUAN SARA 2026

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 mengikut kelayakan penerima adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

TEMPOH SAH BAKI SARA 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dilaksanakan seperti jadual berikut :

TEMPOH SAH BANTUANTARIKH PROGRAM BERMULATARIKH AKHIR GUNA/LUPUT
12 Bulan9 & 16 Januari 202631 Disember 2026

TARIKH PENGKREDITAN DUIT SARA 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima pada tarikh-tarikh berikut :

  • 9 & 16 Januari 2026
  • 1 Februari 2026
  • 1 Mac 2026
  • 1 April 2026
  • 1 Mei 2026
  • 1 Jun 2026
  • 1 Julai 2026
  • 1 Ogos 2026
  • 1 September 2026
  • 1 Oktober 2026
  • 1 November 2026
  • 1 Disember 2026

CARA GUNA BAKI SARA 2026

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Senarai barangan keperluan asas yang diluluskan boleh rujuk di pautan berikut : https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/#kategori-produk-sara-mykasih-2026

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment