APA ITU MYSALAM : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Terkini! Skim perlindungan kesihatan percuma bagi penyakit kritikal atau hospitalisasi untuk golongan B40 diteruskan bagi memastikan mereka mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya.
Bagaimanakah semakan semakan status kelayakan penerima dan apa itu mysalam? Ikuti info lanjut disini.
APA ITU SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN B40 MYSALAM
Skim Perlindungan B40 mySalam ialah skim takaful kesihatan percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan Madani kepada golongan B40 di Malaysia untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi mereka serta memastikan mereka mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya.
PENDAFTARAN MYSALAM B40
Bantuan mySalam tidak memerlukan sebarang permohonan. Individu yang LULUS dan merupakan penerima salah satu bantuan tunai kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR), akan secara automatik menerima bantuan Skim Perlindungan Kesihatan B40 mySalam 2025 tanpa sebarang permohonan.
APA ITU SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYSALAM
Syarat dan Kategori Kelayakan Penerima My Salam mestilah terdiri daripada:
- Penerima Bantuan Khas Kerajaan:
- Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Kategori dan Kriteria Umur:
- Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
- OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Penerima Bantuan Tunai Rakyat diatas yang menepati Kriteria Umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.
APA ITU MANFAAT SKIM PERLINDUNGAN B40 MYSALAM
Kepentingan Program mySalam dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Menyediakan Perlindungan Penyakit Kritikal :
Penerima mySalam yang dimasukkan ke wad Hospital Kerajaan, Hospital Universiti, dan Hospital Angkatan Tentera, LAYAK untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun. - Menyediakan Perlindungan Hospitalisasi (Ward) :
Penerima mySalam yang disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYSALAM 2025
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ Tuntutan Skim Perlindungan mySalam boleh disemak secara online di Portal Rasmi mySalam seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi mySalam di pautan :
https://www.mysalam.com.my/mys/info/ - Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kanan di ruangan [Semak Kelayakan]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik [Semak].
- Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan:
“Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2024 & 2025. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”. - Selesai.
TARIKH BUKA PORTAL SEMAKAN KELAYAKAN TUNTUTAN MYSALAM
Status kelayakan penerima untuk tuntutan Skim Perlindungan mySalam bagi tahun 2025 kini boleh disemak bermula 8 Februari 2025 melalui Portal Rasmi mySalam.
APA CARA TUNTUT MYSALAM
Individu yang layak boleh membuat tuntutan My Salam seperti berikut:
PORTAL TUNTUTAN MYSALAM | PAUTAN |
---|---|
mySalam (Skim Perlindungan B40) | https://www.mysalam.com.my/ |
CARA TUNTUTAN PERLINDUNG PENYAKIT KRITIKAL MYSALAM
Tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan B40 mySalam untuk Penyakit Kritikal adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://www.mysalam.com.my/mys/info/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
CARA TUNTUTAN PERLINDUNGAN HOSPITALISASI MYSALAM
Tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan B40 mySalam untuk Hospitalisasi adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://www.mysalam.com.my/mys/info/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai mySalam anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Khidmat Pelanggan: 1-300-88-8938
- e-Mel: [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=intro