STR FASA 2 TARIKH PEMBAYARAN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kumpulan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sedia ada dan baharu merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang dijangka meningkat untuk fasa kedua (2) melebihi paras penerima fasa pertama (1) iaitu seramai 8.3 juta penerima.
Bilakah str fasa 2 tarikh pembayaran? Ketahui info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN E KASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
Kerajaan masih mengekalkan kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti sebelumnya yang bergantung kepada penerima berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Boleh dituntut di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
STR FASA 2 TARIKH PEMBAYARAN 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) dijangka bermula pada tarikh 3 April 2025 dan berperingkat. Namun, sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran, pihak kami akan kemaskini kembali dari semasa ke semasa.
STR FASA 2 MASA PEMBAYARAN 2025
Kebiasaannya masa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke dalam akaun bank penerima adalah seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain Bank : Selepas 10 malam.
*Nota : Walau bagaimanapun masa bayaran ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu kerana ianya akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja daripada tarikh yang dinyatakan.
JUMLAH STR FASA 2 PEMBAYARAN 2025
Berikut merupakan jumlah keseluruhan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
- Tiada anak : RM1,000.
- 1 – 2 anak : RM1,500.
- 3 – 4 anak : RM2,000.
- 5 anak ke atas : RM2,500.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada anak : RM500.
- 1 – 2 anak : RM750.
- 3 – 4 anak : RM1,000.
- 5 anak ke atas : RM1,250.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM600.
- Bujang :
- RM600.
*Nota : Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah bayaran yang berbeza dan perlu membuat semakan di laman rasmi seperti di bawah.
SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
Untuk mengetahui status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2), ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.
Terima kasih