RASMI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 TELAH DIUMUMKAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

RASMI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 TELAH DIUMUMKAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Hampir mencecah 60 peratus (%) rakyat dewasa di Malaysia yang layak menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bayaran Fasa Dua (2) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 billion pada tahun ini.

Bagaimanakah semakan rasmi bayaran Bantuan STR Fasa 2 2025? Ikuti maklumat lebih terperinci di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH DALAM MYKAD SEMAKAN STATUS : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM900 & RM2100 & RM600)

RASMI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 TELAH DIUMUMKAN

Kementerian Kewangan (MOF) secara rasminya telah mengumumkan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmh (STR) Fasa 2 adalah sebelum perayaan Aidilfitri iaitu bermula pada 24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat sehingga 27 Mac 2025 (Khamis).

KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah bergantung kepada kategori setiap penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Berpasangan (ada / tiada anak) atau Tunggal (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR BAYARAN STR FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
  • Kategori Bujang :
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak :
KELAYAKAN BUJANGKADAR BAYARAN STR FASA 2
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM150
Bujang Umur
60 tahun dan ke atas
RM150

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima.

  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Berikut merupakan panduan semakan status kelayakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada pautan di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Leave a Comment