SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan keperluan asas harian rakyat dipenuhi dengan penyaluran bantuan tanpa tunai secara bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cara semak status sumbangan asas rahmah 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STR FASA 2 2025 SEMAK STATUS : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
CARA PENYALURAN DUIT SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti berikut:
- Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar Ekasih
KATEGORI PENERIMA STR 2025 (BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH) | JUMLAH KELAYAKAN (RM) | AMAUN BAYARAN MENGIKUT BULAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 2,100 | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR 2025 (BUKAN EKASIH) | JUMLAH KELAYAKAN (RM) | AMAUN BAYARAN MENGIKUT BULAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 900 | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS RAHMAH MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit/pasaraya adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CHECK BAKI DUIT BANTUAN DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
Aplikasi Touch ‘N Go Ewallet:
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status dan baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
Mesin Kiosk Touch ‘N Go:
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
Mesin Tambah Nilai Di Stesen Minyak Atau Kedai Serbaneka:
- Kunjungi Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
- Juruwang akan menyemak baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Saya cuba masukan kad pengenalan saya kedalam apps touch n go card tapi tak bolih.arahan yang diminta supaya masukan nombor kad pengenalan dan hantar.tapi di borang hanya dibenarkan type 10 digit nombor saja.sedangkan nombor kad pengenalan 12 digit.
mohon bantuan
Macam mana saya nak buat