PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

Terkini, pengeluaran duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada akaun Persaraan, akaun Sejahtera dan akaun Fleksibel telah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai caruman serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah pengeluara duit KWSP terkini? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI SEMAKAN :  SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

AKAUN SIMPANAN DUIT KWSP TERKINI 2025

Caruman KWSP pada setiap bulan akan dibahagi kepada tiga (3) akaun seperti berikut :

JENIS AKAUNKADAR SIMPANAN
Akaun Persaraan (1)75%
Akaun Sejahtera (2)15%
Akaun Fleksibel (3)10%

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI

Untuk mengetahui kelayakan pengeluaran KWSP, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi KWSP; atau klik pada pautan di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
  2. Kemudian, lihat pada paparan pengeluaran.
  3. Pilih jenis pengeluaran yang anda inginkan.
  4. Seterusnya, klik pada pengeluaran yang anda inginkan dan semak status kelayakan yang diperlukan.
  5. Status kelayakan pengeluaran ahli akan dipaparkan.
  6. Selesai.

*NOTA : Setelah mengetahui syarat dan status kelayakan pengeluaran, ahli boleh membuat pengeluaran mengikut panduan di bawah.

CARA PENGELUARAN DUIT KWSP DARI AKAUN 1

Berikut merupakan cara pengeluaran simpanan KWSP dari akaun 1 (Persaraan) :

  1. Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
  2. Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
  3. Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
  4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
  5. Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
  6. Selesai.

*NOTA : ahli boleh juga membuat pengeluaran secara manual dengan mengunjungi cawangan KWSP terdekat untuk pengeluaran akaun 1.

CARA-CARA PENGELUARAN DUIT KWSP DARI AKAUN 2

Terdapat beberapa jenis pengeluaran dari akaun 2 (Sejahtera), ikuti cara pengeluaran seperti berikut :

  • Pembelian Rumah :
    • Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
      1. Log masuk ke i-Akaun KWSP.
      2. Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
      3. Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
      4. Selesai.
  • Pendidikan :
    • Untuk bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
      1. Sila log masuk kei-Akaun KWSP.
      2. Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
      3. Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
      4. Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
        • Surat tawaran pengajian; dan
        • Resit bayaran yuran.
      5. Selesai.
  • Kesihatan :
    • Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
      1. Log Masuk padai-Akaun KWSP.
      2. Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
      3. Muat naik dokumen seperti :
        • Laporan perubatan; dan
        • Bil rawatan.
      4. Selesai.
  • Umur 50 tahun :
    • Ahli yang berumur 50 tahun boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
      1. kunjungi kaunter KWSP; atau log masuki-Akaun KWSP.
      2. Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
      3. Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
      4. Sertakan bersama salinan IC.
      5. Selesai.
  • i-Sayang & i-Lindung :
    • Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
      • Kunjungi kaunter cawangan KWSP terdekat atau melalui aplikasi i-Akaun KWSP.

CARA PENGELUARAN DUIT KWSP DARI AKAUN 3

Ikuti cara pengeluaran duit KWSP daripada akaun 3 (Fleksibel) seperti berikut :

  1. Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
  2. Pilih menu [Pengeluaran].
  3. Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  4. Pilih [Akaun Fleksibel].
  5. Klik pada butang [Keluar Sekarang].
  6. Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
  7. Kemaskini maklumat akaun bank anda.
  8. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  9. Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
  10. Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  12. Selesai.

*NOTA : Setelah diluluskan, duit akan dikreditkan ke dalam akaun anda selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

SYARAT PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI 2025

Pengeluaran simpanan KWSP hanya dibenarkan kepada ahli yang memenuhi syarat seperti berikut :

  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 (Persaraan) :
    • Berumur di antara 55 hingga 60 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 (Sejahtera) :
    • Berumur di antara 50 hingga 54 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel) :
    • Belum mencapai umur 55 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
    • Had pengeluaran tidak kurang daripada RM50.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment