PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Terkini! Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kategori miskin atau miskin tegar, dan penyaluran akan dilakukan secara berperingkat bermula ESOK.
Bagaimanakah semakan pembayaran sumbangan asas rahmah one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca juga: SEMAKAN SARA MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Kerajaan Madani telah menyediakan bantuan tunai tambahan berbentuk one off (sekaligus/sekali bayar) khusus kepada kesemua penerima bantuan STR termasuk mereka yang BUKAN daripada golongan Miskin atau Miskin eKasih.
Kelayakan adalah automatik, berdasarkan data penerima STR yang telah diluluskan untuk tahun 2024. Oleh itu, penerima bantuan ini mestilah LULUS dan merupakan PENERIMA bantuan STR 2024.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
CARA MOHON BANTUAN ONE OFF
Bantuan SARA One-Off tidak memerlukan permohonan baharu. Ia disalurkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak. Hal ini bermakna, jika anda telah menerima STR sebelum ini, anda hanya perlu menyemak status pembayaran SARA di laman web rasmi MySTR untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan tambahan ini.
KADAR PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PEMOHON | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH SEMAKAN PENERIMA BAYARAN
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan semakan boleh dilakukan mulai tarikh tersebut.
KAEDAH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Kaedah Penyaluran bantuan sara one off ini adalah sama seperti bantuan STR, dimana pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. Manakala, bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.
CHECK SENARAI PENERIMA BAYARAN
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Semakan sara one off
Hazlan bin daaud
Ibrahimbinabdullah
Saya layak ataubila dapat ya
Saya layak kah..bila sara boleh dapat
Saya layak ke dapat sara ni
Bila SARA one off boleh dapat?
Bila dapat bantuan
Bila dapat bantuan tunai