MYSTR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Portal Online MySTR, kini dibuka untuk penerima membuat semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026, sama ada masih layak atau tidak untuk menerima bayaran STR.
Bagaimanakah semakan status di mystr online 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN B40 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MYSTR ONLINE 2026
Laman MySTR ialah Portal Rasmi untuk penerima mendapatkan urusan dan info terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti :
- Permohonan Baharu;
- Semakan Status Permohonan;
- Semakan Keputusan Rayuan;
- Semakan Status Kelayakan;
- Semakan Status Pembayaran;
- Kemas kini Maklumat.
| PORTAL RASMI STR 2026 | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SEMAK STATUS MYSTR ONLINE
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Status kelayakan atau permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN MYSTR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH PEMBAYARAN MYSTR 2026
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM 600 |
| Bujang | – |
KADAR TAMBAHAN MELALUI SARA
Kadar tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR & BERSTATUS EKASIH | PENERIMA STR SAHAJA & BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
CARA PEMBAYARAN MYSTR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Tiada Akaun Bank atau Berstatus ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
MAKLUMAT PENTING
Berikut merupakan Maklumat Terkini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2026 :
- STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
- SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026
Malaysia Madani