SEMAK BILA BAYARAN STR : FASA 4 2026
Tentunya semua pemohon sedia ada dan pemohon baharu sedang menunggu ‘bila’ bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dilaksanakan. Semua pemohon tidak perlu risau kerana Kerajaan akan segera melaksanakan bayaran dalam masa terdekat.
Bagaimanakah semak bila bayaran STR Fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : DAFTAR AKAUN STR 2027 : SECARA ONLINE
SEMAK BILA BAYARAN STR
Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 secara rasmi. Namun, bayaran dijangka akan dilaksanakan sebelum perayaan Deepavali yang akan disambut pada 8 November 2026.
JUMLAH BAYARAN STR
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 disalurkan mengikut kategori dan bilangan anak penerima seperti berikut :
| BILANGAN ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 | WARGA EMAS |
|---|---|---|---|
| Tiada | RM150 | – | RM150 |
| 1-2 orang | RM300 | RM100 | – |
| 3-4 orang | RM400 | RM150 | – |
| >5 orang | RM500 | RM250 | – |
CARA BAYARAN STR
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan melalui dua (2) cara mengikut jenis penerima :
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pembayaran secara pengkreditan dalam akaun bank penerima |
| Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Pembayaran secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR
Ikuti panduan lengkap cara semak status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.