SEMAKAN STATUS MYSARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH TERBARU
Penerima sedia ada dan penerima baharu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini boleh membuat semakan status kelayakan bantuan dengan mudah hanya secara online di Portal Rasmi bantuan.
Bagaimanakah semakan status mysara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYSTR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
PORTAL SEMAKAN MYSARA
Status Kelayakan Penerima Bantuan MySARA 2026,boleh di semak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SEMAKAN PENERIMA MYSARA 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan MySARA 2026, mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
MAKLUMAT PEMBAYARAN MYSARA 2026
Ringkasan pembayaran Bantuan MySARA 2026, seperti berikut :
- Penerima STR Sahaja : Kadar kelayakan sehingga RM 1,200 setahun;
- Penerima STR (Berstatus eKasih) : Kadar kelayakan sehingga RM 2,400 setahun.
Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan di kedai berdaftar untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan.
JUMLAH PEMBAYARAN MYSARA 2026
Jumlah Bantuan MySARA 2026, akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR SARA (BERSTATUS EKASIH) | KADAR SARA (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
SEMAKAN STATUS MYSARA 2026
Status Kelayakan Penerima Bantuan MySARA 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi mySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semak Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026