MYSTR 2025 SEMAKAN STATUS : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

MYSTR 2025 SEMAKAN STATUS : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan MADANI akan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat terutamanya bagi rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) termasuk Bantuan MySTR bagi sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah mystr semakan status layak atau tidak? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : STR TARIKH PEMBAYARAN : (FASA 1) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU MYSTR 2025

MySTR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah salah satu inisiatif bantuan tunai di bawah program Payung Raahmah yang dirangka untuk membantu menyokong kestabilan kewangan golongan B40 dan M40 dalam menghadapi isu kos sara hidup bagi sepanjang tahun 2025.

SYARAT KELAYAKAN MYSTR 2025 MELEPASI STATUS

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MySTR yang akan melepasi status :

  • SYARAT UMUM :
    • Warganegara Malaysia.
  • KRITERIA PENERIMA :
    • ISI RUMAH :
      • Berkahwin ada atau tiada anak;
      • Ibu / bapa tunggal ada anak;
      • Tiada had umur;
      • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan.
    • WARGA EMAS :
      • Tiada pasangan / balu / janda / duda (tiada tanggungan);
      • Berumur 60 tahun dan ke atas;
      • Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
    • BUJANG :
      • Belum berkahwin; atau
      • Balu / Janda / Duda tiada anak;
      • Had umur 21 hingga 59 tahun / Bujang OKU umur 19 tahun dan ke atas;
      • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
      • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.

MYSTR 2025 SEMAKAN STATUS

Ketahui status anda layak atau tidak terima Bantuan MySTR, ikuti panduan semakan status di laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi mySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status anda akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘ Dalam Proses’.
  14. Selesai.

HAD SUMBANGAN MYSTR 2025 MENGIKUT STATUS

Bantuan MySTR akan disumbangkan mengikut had yang ditetapkan bagi setiap kategori seperti berikut :

  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500 :
    • Tiada anak : RM1,000.
    • 1-2 anak : RM1,500.
    • 3-4 anak : RM2,000.
    • 5 ke atas : RM2,500.
  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000 :
    • Tiada anak : RM500.
    • 1-2 anak : RM750.
    • 3-4 anak : RM1,000.
    • 5 ke atas : RM1,250.
  • Warga Emas Tiada Pasangan (Umur 60 tahun ke atas) :
    • RM600.
  • Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) :
    • RM600.

*Nota : Jumlah di atas bukanlah disalurkan secara sekaligus, namun akan disalurkan secara ansur berperingkat.

TARIKH SUMBANGAN MYSTR 2025

Sumbangan Bantuan MySTR bagi tahun 2025 adalah pada tarikh seperti berikut :

PERINGKAT BAYARANTARIKH SUMBANGAN
MYSTR 2025
Fasa Pertama** Januari / Februari 2025
(Akan Dikemaskini Setelah
Diumumkan Secara Rasmi)
Fasa KeduaApril 2025
(Akan Dikemaskini Setelah
Diumumkan Secara Rasmi)
Fasa KetigaOgos 2025
(Akan Dikemaskini Setelah
Diumumkan Secara Rasmi)
Fasa KeempatNovember 2025
(Akan Dikemaskini Setelah
Diumumkan Secara Rasmi)

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan mySTR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

Leave a Comment