STR TARIKH PEMBAYARAN : (FASA 1 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR TARIKH PEMBAYARAN : (FASA 1 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Bagi menyokong kestabilan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dalam mendepani cabaran ekonomi yang sukar dikawal, kerajaan akan menambah baik peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat Malaysia yang layak.

Bilakah str tarikh pembayaran dan bagaimana semakan status kelayakan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EKASIH SEMAKAN RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

KADAR PERUNTUKAN STR 2025

Berdasarkan Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-10, kadar peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan sehingga 30% iaitu sebanyak RM13 billion berbanding tahun 2024 yang hanya diperuntukan sebanyak RM10 billion sahaja.

Sejajar dengan peningkatan kadar peruntukan tersebut, kerajaan mengambil pendekatan untuk membuka permohonan baharu dan rayuan supaya lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat menikmati Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini bagi sepanjang tahun 2025.

STR TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa, yang mana pembayaran fasa pertama (1) bakal dilakukan pada suku pertama tahun 2025. Pembayaran fasa pertama (1) dijangka bermula pada akhir bulan Januari 2025 atau pada awal bulan Februari 2025.

PERKARATARIKH PEMBAYARAN
STR FASA 1 2025Akan Dikemaskini Setelah Kerajaan
Mengumumkan Secara Rasmi
Tidak Lama Lagi

STR JUMLAH PEMBAYARAN

Jumlah pembayaran adalah tidak sama bagi setiap kategori, kerana kerajaan akan membayarnya mengikut kelayakan setiap kategori penerima isi rumah berpendapatan rendah (B40), isi rumah berpendapatan sederhana (M40), bujang berumur 21 hingga 59 tahun dan bujang 60 tahun ke atas, mengikut jumlah seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH BAYARAN
STR 2025
JUMLAH BAYARAN
STR FASA 1 2025
Isi Rumah B40
(Berpasangan
atau
Tunggal)
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
0 anak : RM250
1-2 anak : RM350
3-4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Isi Rumah M40
(Berpasangan
atau
Tunggal)
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
0 anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
*Bagaimanapun ‘Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2025’ yang dipaparkan di atas hanyalah anggaran sahaja dan perlu disemak pada portal rasmi STR untuk mengetahui jumlah yang akan anda terima pada fasa 1.
  • KATEGORI BUJANG / BALU / JANDA / DUDA (tiada anak) :
KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH BAYARAN
STR 2025
JUMLAH BAYARAN
STR FASA 1 2025
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM600RM150
Bujang Umur
60 tahun dan ke atas
RM600RM150

SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2025

Untuk semakan status STR Fasa 1 2025, hanya boleh disemak melalui pautan Portal Rasmi STR LHDNM di bawah :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi STR LHDNM 2025https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR LHDNM 2025 di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  14. Selesai.

STR CARA PEMBAYARAN

Bagi memudahkan rakyat untuk menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), cara pembayaran adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini bergantung kepada penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA PEMBAYARAN
STR FASA 1 2025
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan semasa
permohonan
Penerima Tiada Akaun BankDiberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
yang berhampiran

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

Leave a Comment