MYSARA SEMAKAN STATUS : 2026 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

MYSARA SEMAKAN STATUS : 2026 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Penambahbaikan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan ia diperluas kepada 9 juta penerima untuk tahun 2026 termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima mysara 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CEK STATUS BANTUAN EKASIH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN MYSARA

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

AMAUN BULANAN MYSARA

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:

PENERIMA (BERSTATUS EKASIH)PENERIMA (BUKAN EKASIH)
Isi Rumah

RM200/bulan (bermula Januari – Disember)
Isi Rumah

RM100/bulan (bermula Januari – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan

RM150/bulan (bermula Januari – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan

RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
Bujang

RM100/bulan (bermula Januari – Disember)
Bujang

RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

KEGUNAAN KREDIT MYSARA

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ke dalam MyKad (IC) membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad.

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSARA

Panduan lengkap semakan status kelayakan penerima bayaran SARA 2026 secara online :

  • Portal SARA;
  • Portal MySTR

Cara Semak Status Kelayakan di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. Seterusnya, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

Cara Semak Status Kelayakan di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Halaman Utama Log Masuk MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Tekan (Semak Status Permohonan STR).
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment