CEK STATUS BANTUAN EKASIH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CEK STATUS BANTUAN EKASIH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedia ada (berstatus eKasih) yang telah menerima SARA sejak tahun lepas akan terus menerima kredit bulanan SARA pada tahun 2026 dengan kadar amaun ditingkatkan sehingga RM200 sebulan

Bagaimanakah cek status penerima bantuan ekasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CARA SEMAK SARA MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.

CEK AMAUN BANTUAN EKASIH

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kategori eKasih 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM2,400 Setahun
RM200/bulan (bermula Januari – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800 Setahun
RM150/bulan (bermula Januari – Disember)
BujangRM1,200 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Disember)

CARA PENGKREDITAN BANTUAN EKASIH

Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah, peralatan persekolahan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

CEK STATUS BANTUAN EKASIH

Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh di semak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama Portal SARA akan dipaparkan.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. ⁠Selesai.

CEK STATUS PENDAFTARAN SISTEM EKASIH

Status pendaftaran eKasih boleh di semak seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
  3. Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  4. Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
  5. Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
  7. Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
    • Disahkan – Telah dibanci;
    • Disemak – Dalam proses banci;
    • Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
    • Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
  8. Selesai.

PANDUAN BELI BARANG ASAS

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment