MYKASIH CHECK STATUS 2025 : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kumpulan penerima yang telah disahkan status sebagai penerima MyKasih adalah seramai lebih 5.4 juta individu merangkumi golongan isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan yang akan menerima pengkreditan secara automatik ke dalam kad pengenalan setiap bulan bermula bulan Januari sehingga Disember 2025.
Bagaimanakah MyKasih check status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI.HASIL : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
KELAYAKAN STATUS MYKASIH 2025
Berikut merupakan kelayakan MyKasih yang melepasi status :
- MyKasih Kelayakan 1 :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah;
- Bujang; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- MyKasih Kelayakan 2 :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
MYKASIH CHECK STATUS 2025
Untuk mengetahui status kelayakan, ikuti panduan check status seperti berikut :
- Check Status MyKasih di Portal Rasmi :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Check Status MyKasih di Aplikasi :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
NILAI AMAUN MYKASIH MENGIKUT STATUS 2025
Berikut merupakan nilai amaun MyKasih yang diberikan mengikut status penerima :
PENERIMA MYKASIH STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA MYKASIH STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 setahun (RM100/RM200 sebulan) | Isi Rumah : RM900 setahun (RM100 sebulan) |
Warga Emas : RM1,650 setahun (RM100/RM150 sebulan) | Warga Emas : RM450 setahun (RM50 sebulan) |
Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan) | Tiada |
TARIKH PENYALURAN MYKASIH 2025
Penyaluran MyKasih pada tahun 2025 adalah mengikut tarikh seperti berikut :
STATUS KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Penerima Miskin & Miskin Tegar | 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025 (Setiap bulan selama 12 bulan) |
Penerima Asas Bukan Miskin | 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 (Setiap bulan selama 9 bulan) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.