BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Keprihatinan Kerajaan Madani terhadap rakyat dapat dilihat daripada penyaluran pelbagai bantuan termasuk Bantuan Sara Rahmah yang khusus untuk rakyat yang berpendapatan rendah serta memerlukan bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Sara Rahmah? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025

Inisiatif Bantuan Sara Rahmah di bawah Program MyKasih adalah merupakan bantuan bersasar yang disalurkan kepada 5.4 juta individu yang layak menerusi kad pengenalan khas untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan secara tanpa tunai (cashless).

JUMLAH PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025

Pada tahun 2025, kerajaan telah meluaskan jumlah penerima yang layak menerima Bantuan Sara Rahmah yang bukan hanya kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar, malah diberikan juga kepada golongan Asas Bukan Miskin mengikut jumlah berikut :

KELAYAKAN GOLONGANJUMLAH PENERIMA
Golongan Miskin dan Miskin Tegar700,000 ribu penerima
(isi rumah, warga emas dan bujang)
Golongan Asas Bukan Miskin4.7 juta penerima
(isi rumah, warga emas dan bujang)

KADAR BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025

Kedua-dua golongan akan menerima kadar Bantuan Sara Rahmah yang berbeza mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut :

  • GOLONGAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SARA RAHMAH
ISI RUMAH
(Berkahwin / Tunggal)
RM2,100 setahun
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM1,650 setahun
BUJANG
(Belum Kahwin / Balu / Duda / Janda)
RM600 setahun
  • GOLONGAN ASAS BUKAN MISKIN :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SARA RAHMAH
ISI RUMAH
(Berkahwin / Tunggal)
RM900 setahun
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM450 setahun

*Nota : Bantuan Sara Rahmah akan disalurkan secara ansur berperingkat dengan kadar RM50/RM100/RM150/RM200 setiap bulan dan bukan sekaligus.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025

Pelaksanaan Bantuan Sara Rahmah adalah pada tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN GOLONGANTARIKH PELAKSANAAN
BANTUAN SARA RAHMAH
Golongan Miskin dan Miskin TegarSetiap bulan :
Bermula 15 Januari 2025
Sehingga 1 Disember 2025
Golongan Asas Bukan MiskinSetiap bulan :
Bermula 1 April 2025
Sehingga 1 Disember 2025
*Nota : Pada bulan Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober dan November adalah pada setiap 1 hari bulan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025

Semak status anda layak atau tidak terima Bantuan Sara Rahmah melalui portal rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment