CEK BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

CEK BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Kelayakan penerima bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluaskan membolehkan lebih ramai individu akan menerima bantuan ini melalui MyKad secara bulanan bagi memenuhi keperluan asas harian.

Bagaimanakah cek status penerima bantuan mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK ONLINE BANTUAN MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Syarat Kelayakan Bantuan MyKasih 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

CEK BANTUAN MYKASIH ONLINE

Status Bantuan MyKasih boleh di semak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :

  • Portal Rasmi SARA; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi mySTR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

AMAUN BULANAN BANTUAN MYKASIH

Jumlah bantuan MyKasih 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

CARA PENYALURAN BANTUAN MYKASIH

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH 2025

Panduan lengkap cara pembelian barangan keperluan asas MyKasih adalah seperti berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI BARANG DAPUR BANTUAN MYKASIH

Berikut merupakan antara barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan;
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White;
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP;
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit;
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey;
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng;
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap;
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf;
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup;
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta;
  • Makanan Sejuk Beku : Nugget / Ayam Beku / Makanan Laut Beku;

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

2 thoughts on “CEK BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

  1. Sekiranya saya tidak menggunakan Baki mykasih pada bulan april, adakah Baki tersebut akan luput pada bulan Berikutnya? Ataupun Baki boleh di bawa ke depan?

    Reply

Leave a Comment