BANTUAN TUNAI.HASIL 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Hasil daripada kerja keras kerajaan dalam melaksanaan semula subsidi bersasar dan sebahagian daripada penjimatan subsidi dapat meningkatkan kadar peruntukan yang ditahap tertinggi iaitu sehingga RM13 billion untuk disalurkan kepada rakyat melalui Bantuan Tunai Hasil bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA RAHMAH MYKASIH : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
BANTUAN TUNAI.HASIL 2025
Antara Bantuan Tunai Hasil daripada penjimatan penyasaran semula subsidi oleh kerajaan iaitu dapat menyalurkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk 9 juta (60%) rakyat dewasa rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) untuk sepanjang tahun 2025.
NILAI AGIHAN BANTUAN TUNAI.HASIL 2025
Bantuan STR dan SARA Hasil akan diagihkan mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | NILAI AGIHAN BANTUAN STR HASIL 2025 | NILAI AGIHAN BANTUAN SARA HASIL 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | e-Kasih : RM2,100 Bukan e-Kasih : RM900 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | Bukan e-Kasih : RM900 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | e-Kasih : RM1,650 Bukan e-Kasih : RM450 |
Bujang | RM600 | e-Kasih : RM600 |
CARA AGIHAN BANTUAN TUNAI.HASIL 2025
Kedua-dua jenis Bantuan Tunai Hasil (STR dan SARA) akan diagihkan dengan cara yang berbeza seperti berikut :
JENIS BANTUAN TUNAI HASIL | CARA AGIHAN 2025 |
---|---|
Bantuan STR Hasil | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima secara berfasa atau Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berfasa |
Bantuan SARA Hasil | Dikreditkan terus ke dalam akaun kad pengenalan penerima setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai. |
JADUAL AGIHAN BANTUAN TUNAI.HASIL 2025
Pengagihan Bantuan Tunai Hasil (STR dan SARA) adalah berdasarkan jadual berikut :
- Tarikh Agihan Bantuan STR Hasil :
FASA BANTUAN STR | TARIKH AGIHAN 2025 |
---|---|
Pertama (1) | 22 – 28 Januari 2025 |
Kedua (2) | Mulai 3 April 2025 |
Ketiga (3) | Belum diketahui |
Keempat (4) | Belum diketahui |
- Tarikh Agihan Bantuan SARA Hasil :
PENERIMA E-KASIH | PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
01Februari 2025 | – |
01Mac 2025 | – |
01April 2025 | 01April 2025 |
01Mei 2025 | 01Mei 2025 |
01Jun 2025 | 01Jun 2025 |
01Julai 2025 | 01Julai 2025 |
01 Ogos 2025 | 01Ogos 2025 |
01September 2025 | 01September 2025 |
01 Oktober 2025 | 01Oktober 2025 |
01November 2025 | 01November 2025 |
01Disember 2025 | 01Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI.HASIL 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Tunai Hasil seperti berikut :
- Panduan Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan STR Hasil :
- Sila layari laman rasmi STR.Hasil pada pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan SARA Hasil :
- Sila layari laman rasmi SARA.Hasil pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR & SARA MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf & https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf.