LOGIN EKASIH (ONLINE 2025 SEMAKAN)
Sistem pengkalan data bersepadu e-Kasih diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan untuk dijadikan sebagai rujukan oleh kementerian serta agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.
Bagaimanakah login ekasih untuk semakan secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : LOGIN MYKASIH (ONLINE SEMAKAN)
APA ITU EKASIH
eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Pelbagai bantuan akan disalurkan kepada rakyat yang mempunyai data di bawah e-Kasih termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai RM1,200 dan RM600 akan disalurkan sepanjang tahun 2025.
JUMLAH BANTUAN EKASIH
Antara bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat yang mempunyai data di bawah e-Kasih adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan diberikan dengan jumlah seperti berikut :
- Ketua Isi Rumah : RM1,200;
- Ahli Isi Rumah : RM600 (golongan bujang).
KELAYAKAN PENERIMA EKASIH
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)
LOGIN EKASIH
Untuk semakan secara online, anda boleh ikuti panduan cara log masuk (login) di dua (2) portal yang berbeza seperti berikut :
- Panduan Cara Login eKasih (Semakan Online) :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Cara Login STR (Semakan Online) :
- Sila layari portal rasmi STR; atau klik pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi e-Kasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
Saya seorang ingin sangat nak lulus dan layak terima bantuan ekasi ini. Boleh bantu saya macam mana nal lulus. Saya seorang duda anak 2
Saya seorang ingin sangat nak lulus dan layak terima bantuan ekasi ini. Boleh bantu saya macam mana nal lulus. Saya seorang duda anak 2.
Sya kerja guard sja gji pon 1200 sja..ank dua ha.slip gji sya pon ada.smua ada yg butti sya betul2 miskin tegar ha
Assalamualaikum mau tanya saya mau kemaskini e kasih saya macam mana cara dia ya,pendapat saya pun rm800 saja sebulan kerja kampung kerja sendiri,sudah berkawin anak 2 orang
Saya tidak pernah mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan bantuan sara ke bantuan daripada mana mana pihak tak pernah dapat.saya berharap lah agar dapat bantuan sebab saya ni golongan B40