LINK KEMASKINI BANTUAN STR (2025 ONLINE)
Untuk makluman anda, permohonan Fasa 1 STR 2025 akan dibuka. Kepada yang belum kemaskini STR, perlu kemaskini permohonan STR 2025 bagi melancarkan proses permohonan bantuan dan agihan bayaran.
Notis mengenai bayaran akan dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak Kerajaan. Pengagihan bayaran akan dilaksanakan secara berjadual mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Berikut adalah maklumat lengkap mnegenai bantuan beserta link kemaskini bantuan STR.
Bagaimanakah kemaskini bantuan STR 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN BARU BANTUAN STR (FASA 1 2025 ONLINE)
CARA KEMASKINI BANTUAN STR
Panduan lengkap cara kemaskini online STR 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik butang kemaskini setelah berjaya log masuk MySTR.
- Lengkapkan maklumat pemohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] ruangan berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
LINK RASMI KEMASKINI STR
Link kemaskini STR rasmi online adalah seperti berikut:
Layari portal rasmi STR di pautan, https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Pemakluman:
- Pemohon perlulah mengemas kini permohonan STR bagi melancarkan proses permohonan bantuan dan bayaran. Kepada yang belum kemas kini 3 tahun berturut-turut perlu kemas kini permohonan STR 2025 secara dalam talian.
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini juga perlu membuat pengemaskinian.
- Anda adalah digalakkan untuk membuat pengemaskinian maklumat permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
TARIKH KEMASKINI STR
Kemaskini maklumat permohonan bantuan STR 2025 boleh dilakukan bermula 19 Oktober 2024, dan sepanjang tahun 2025.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan permohonan bagi bantuan STR 2025 seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]