KADAR BAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Semasa persidangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan kadar peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dinaikkan sehingga RM13 billion ketimbang tahun lalu hanya sebanyak RM10 billion sahaja.
Ini menjadikan kadar peruntukan pada tahun 2025 ini adalah ditahap tertinggi dalam sejarah penyaluran bantuan kewangan Kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
Bagaimanakah semak status kadar bayaran STR fasa 2? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA : MOHON SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)
CARA BAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah secara berperingkat mengikut empat (4) fasa yang mana menerima akan menerima bayaran dengan cara :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
- Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
KADAR BAYARAN STR FASA 2 2025
Setiap kategori akan menerima kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR 2025 | BAYARAN STR FASA 1 | BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Semua : RM500 | Belum diumumkan |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | RM150 – RM300 | Belum diumumkan |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM150 | RM150 |
Bujang | RM600 | RM150 | RM150 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah mengikut tarikh berikut :
PELAKSAAN FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pertama (1) | 22 – 28 Januari 2025 |
Kedua (2) | Belum diumumkan |
Ketiga (3) | Belum diumumkan |
Keempat (4) | Belum diumumkan |
PAUTAN PORTAL RASMI STR 2025
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 2 2025
Ikuti panduan semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR); atau klik pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :