PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : MOHON SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)
Kerjasama antara pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bersetuju untuk meneruskan lagi program Bantuan Lesen Memandu Percuma atau diperkenalkan sebagai MyLesen B2 bagi tahun 2025.
Program MyLesen B2 ini adalah antara satu inisiatif kerajaan bagi memperkasa golongan berpendapatan rendah (B4) untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Bagaimanakah permohonan Lesen Memandu Percuma(MyLesen B2) secara online? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN PLKN ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah memperkenalkan satu inisiatif yang memudahkan rakyat terutamanya belia dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen kelas B2 secara percuma tanpa sebarang kos.
Pelaksanaan program Bantuan MyLesen B2 diteruskan pada tahun ini adalah untuk menaiktaraf kehidupan B40 serta membuka lebih peluang untuk menambah pendapatan yang mana pekerjaan yang memerlukan lesen untuk bekerja.
IMPAK PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA
Antara impak positif daripada Program MyLesen B2 adalah :
- Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motoksikal yang kompeten.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan MyLesen B2 :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Merupakan pelajar sekolah / institut pengajian tinggi / golongan belia.
- Terbuka kepada Golongan B40 dan Tanggungan (anak).
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental.
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
TARIKH PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mengumumkan tarikh pelaksanaan Program MyLesen B2 bagi tahun 2025 ini. Walaubagaimanapun, tarikh akan dikemaskini kembali apabila ianya diumumkan secara rasmi kelak.
Seperti tahun lalu, pelaksanaan Program MyLesen B2 adalah bermula pada bulan Februari sehingga Oktober dan sehingga kuota penuh yang mana setiap negeri mempunyai had kuota yang berbeza-beza.
PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025
Untuk permohonan Program MyLesen B2 boleh dilakukan secara dalam talian seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi JPJ, dan CETAK borang permohonan lesen percuma : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.
- Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
- Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
- Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
*Untuk makluman, sebarang borang permohonan 2025 belum dikeluarkan oleh Pihak JPJ dan pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa apabila ianya dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.
Anda juga boleh layari Portal Rasmi JPJ untuk memastikan anda tidak terlepas dari memohon bantuan lesen percuma 2025. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi JPJ dengan mengisi borang yang disediakan setelah dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.
INFO TAMBAHAN
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Lesen Memandu Percuma, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pelesenan-pemandu/-/knowledge_base/perlesenan-pemandu/borang-permohonan-lesen-memandu-jpj-l1.
Lesen memandu
saya mahukan lesen
Email tidak wujud. Bahagian rujukan.
Menginginkan lesen
Saya mahukan lesen ni
nak lesen
nk buat lesen jugk tapi tidak pandai
Sudah Mohon bantuan lesen sejak bulan 1 tapi x dapat lagi
Saya mahukan lesen ni untuk anak lelaki saya
Saya nak ambik lesen
saya mahu kan lesen ini
mcmana memohon?dah bukak web jpj tapi xda borang utk dimuat turun utk diisi
saya pon takjumpa
Macam mana nak dapat kat borang untuk permohonan lesen memandu ni
lesen memandu kenderaan
Saya mahukan lesen ini
Macam mana nak mohon lesen percuma 2025 ni?
Saya perlukan lesen ini
lesen memandu
I
Saya harap,saya dapat lesen ni.sebab saya dah banyak kali ujian komputer dari awal 2024sampai 2025
saya tiada lesen mohon bantu
Saya nak lesen ni tlg bntu mcm mna isi permohonan lesen memandu melalui online
Saya mahu lesen memandu
Saya mahu lesen memandu motorsikal
Sy mahukan lesen ini
Sya nk ambik lesen Sya xada lesin memandu tolong saya