JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR (FASA 3 2025 ONLINE)
Agihan Bantuan STR untuk Fasa 3 akan dilaksanakan tidak lama lagi. Pengagihan bayaran akan dilaksanakan secara berjadual mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Keutamaan akan diberikan kepada penerima sedia ada, kemudian penerima yang membuat rayuan.
Berapakah jumlah bayaran bantuan STR? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : CARA SEMAK STR 2025 : SEMAKAN TARIKH MASUK BAYARAN FASA 3 SEKARANG
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Jumlah bayaran yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori penerima. Penerima boleh rujuk kadar bayaran mengikut kategori seperti di bawah:
- KATEGORI PENERIMA ISI RUMAH / BERKAHWIN
- Pendapatan RM2500 dan ke bawah: RM2500
- Pendapatan RM2500 – RM5000 : RM1650
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM600
- BUJANG
- RM600
SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Penerima boleh menyemak jumlah bayaran STR Fasa 3 secara online. Maklumat pembayaran akan dipaparkan secara terperinci untuk rujukan penerima. Berikut merupakan cara semak jumlah bayaran STR Fasa 3:
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Selepas membuat semakan, penerima akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank atau membuat penunaian di cawangan BSN.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 3 2025, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]