JPJ LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

JPJ LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Kuota penyertaan Program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen) bagi setiap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di setiap negeri mempunyai kuota penyertaan yang terhad dan berbeza-beza yang khas untuk golongan berpendapatan rendah (B40).

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima JPJ lesen percuma? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 2 BAYAR : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JENIS BANTUAN LESEN PERCUMA 2025

Pemberian Bantuan Lesen Percuma adalah mengikut jenis lesen berikut :

PERKARAJENIS LESEN PERCUMA
Bantuan MyLesen PercumaLesen Motosikal Kelas B2

TUJUAN JPJ LESEN PERCUMA 2025

Antara tujuan pelaksanaan Lesen Percuma (MyLesen) adalah untuk :

  • Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

KELAYAKAN PENERIMA LESEN PERCUMA 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Lesen Percuma :

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LESEN PERCUMA 2025

Sekiranya pemohon ‘Layak’ pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memaklumkan kelayakan pemohon dan akan mengatur jadual latihan memandu serta memaklumkan tarikh ujian praktikal (Pemohon perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal).

MAKLUMAT LESEN PERCUMA 2025

Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Lesen Percuma :

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/.

15 thoughts on “JPJ LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

  1. Saya ingin memohon lesen secara percuma kerana saya kurang duit untuk mengambil lesen secara percuma saya harap saya layak untuk mengambil lesen secara percuma

    Reply
  2. saye ingin memohon membuat lesen percuma… kerana saya masih pelajar dan tidak mampu membuat bayaran lesen…..saya harap saya dapat lesen itu

    Reply
  3. Saya ingin membuat lesen percuma kerana saya tidak ada duit untuk bayar lesen jadi saya harap saya berjaya ,saya tak pernah ada lesen lg.

    Reply
  4. saya ingin memohon membuat lesen secara percuma…kerana sekarang saya lagi kekurangan duit untuk membuat lesen,saya harap saya layak untuk bantuan membuat lesen secara percuma 🥰.

    Reply
  5. saya ingin memohan membut lesan secara prcuma…. kerna sya tdk mampu di sbb kn kekurgan duit untk membut lsen.. .. saya hrap sya layak untk bntuan lesan percuma… 🥰🤲

    Reply
  6. Assalamualaikum saya pelajar sekolah menengah tingkatan 5.. Saya mahu membuat lesen ni kerana bila saya nk ke kelas tambahan agak susah sedikit…😔😔

    Reply
  7. Saya ingin membuat lesen percuma kerana saya tidak ada duit untuk bayar lesen jadi saya harap saya berjaya ,saya tak pernah ada lesen lg.

    Reply

Leave a Comment