STR FASA 2 BAYAR 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

STR FASA 2 BAYAR 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Kadar implikasi kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa pertama (1) telah melibatkan sejumlah RM2.3 billion dan dijangka kadar implikasi kewangan untuk bayaran fasa kedua (2) akan meningkat sejajar dengan pertambahan penerima baharu.

Bagaimanakah semak status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 2? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SKAS PORTAL : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM250 & RM400 & RM800)

CARA BAYARAN STR FASA 2 2025

Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa dua (2) adalah sama seperti sebelum ini seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima/pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan semasa
mengemukakan permohonan STR
Penerima Tiada Akaun BankPerlu menuntut wang tunai di kaunter
mana-mana cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) terdekat

TARIKH STR FASA 2 BAYAR 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) adalah dijangka pada tarikh berikut :

PERKARATARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa Dua (2)
Bermula 3 April 2025

Namun, sekiranya terdapat sebarang
perubahan tarikh, pihak kami akan
kemaskini dari semasa ke semasa

JUMLAH STR FASA 2 BAYAR 2025

Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) kepada setiap kategori penerima :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
FASA 2 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Bergantung bilangan anak :
RM150 hingga RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Bergantung bilangan anak :
RM100 hingga RM300
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150
*Nota : Namun, setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah bayaran yang berbeza dan perlu menyemak jumlah bayaran pada portal rasmi.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

Leave a Comment