BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Ramai di antara rakyat Malaysia yang belum mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah. Oleh itu, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Program Bantuan MyLesen sejak tahun 2023 khas untuk membantu rakyat yang kurang kemampuan mendapatkan lesen secara tanpa sebarang kos.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan lesen percuma? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JPJ LESEN PERCUMA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
MANFAAT BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
Antara manfaat daripada pelaksaan Bantuan Lesen Percuma, dapat :
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
Lazimnya pelaksanaan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen) adalah bermula pada bulan Februari sehingga Oktober atau sehingga cukup kuota. Namun pada tahun 2025, tarikh pelaksanaan masih belum diumumkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
*Nota : Pemohon perlu menyemak pada laman rasmi JPJ setiap negeri bagi mengelakkan terlepas daripada menerima Bantuan MyLesen kerana kuota adalah terhad.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Lesen Percuma (MyLesen) :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Merupakan pelajar sekolah / institut pengajian tinggi / golongan belia.
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40).
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental.
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
Bagi pemohon yang telah memohon dan disahkan ‘Layak’, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memaklumkan status kelayakan beserta dengan jadual latihan memandu dan tarikh ujian praktikal. Oleh itu, pemohon yang disahkan perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan oleh JPJ.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/.
Motor dan kereta
Lesen motor dan kereta
moto