SEMAK BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

SEMAK BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Inisiatif Bantuan Syukur Sabah diperluaskan kepada 100,000 ribu rakyat yang merupakan penduduk Sabah serta yang bermastautin di Negeri Sabah lebih satu (1) tahun dan akan menerima bayaran untuk fasa seterusnya iaitu fasa kedua (2) bagi tahun 2026.

Bagaimanakah semak bayaran Bantuan Syukur Sabah Fasa 2? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA 2026 SEMAKAN ONLINE – STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH?

Bantuan Syukur Sabah adalah ‘Sentuhan Kasih Rakyat Sabah’ yang merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Berdasarkan data terkini, penduduk di Negeri Sabah yang berpendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) merupakan yang tertinggi berbanding negeri lain iaitu seramai hampir 17.7%. Oleh itu, Bantuan Syukur Sabah masih diteruskan untuk program pembasmian kemiskinan.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Jumlah bayaran Bantuan Syukur Sabah adalah RM200 sebulan, namun ianya dibayar secara terus setiap tiga (3) bulan dan bayaran untuk fasa dua (2) adalah kiraan untuk bulan April (RM200) + Mei (RM200) + Jun (RM200) menjadikan setiap penerima akan menerima sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
FASA 2
Ketua Isi Rumah
dan
Ahli Isi Rumah
RM600 / setiap penerima

TARIKH BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah yang layak akan menerima bayaran Bantuan Syukur Sabah Fasa 2 mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARANSTATUS
Fasa 2Mei 2026🔜 Bakal dikreditkan
*Nota : Tarikh bayaran Bantuan Syukur Sabah di atas akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah.

MEDIUM BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Untuk memudahkan rakyat Sabah menerima Bantuan Syukur Sabah, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) medium bayaran mengikut keadaan penerima seperti berikut :

  1. Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana pusat pemberian yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk penerima yang tiada akaun bank; atau
  2. Bayaran secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan; atau
  3. Pengkreditan secara tanpa tunai ke dalam akaun e-Dompet dalam aplikasi mudah alih YONO Superapp.

SEMAK BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

Rakyat Sabah yang telah kemukakan permohonan Bantuan Syukur Sabah kini boleh menyemak status kelayakan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran fasa 2 seperti berikut :

  1. Layari laman web Portal Rasmi PADANS di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi PADANS akan dipaparkan.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik butang [Semak].
  4. Bahagian ‘Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor MyKad anda pada ruangan yang disediakan.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  7. Status kelayakan permohonan Bantuan Syukur Sabah akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS Sabah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment