DAFTAR MYKASIH ONLINE (2025 REGISTER BANTUAN SARA)
Pendaftaran MyKasih 2025 telah dibuka. Bantuan MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan salah satu inisiatif bantuan untuk membantu individu atau keluarga yang memerlukan sokongan kewangan dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup, terutama dalam membeli barangan keperluan asas harian.
Bagaimanakah daftar MyKasih SARA 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE BANTUAN SARA MYKASIH
APA ITY MYKASIH ONLINE
Bantuan MyKasih atau SARA merupakan inisiatif bantuan kewangan oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang layak dalam memenuhi keperluan asas mereka, dan meningkatkan kesejahteraan hidup penerima bantuan.
Bantuan ini disalurkan menggunakan sistem tanpa tunai (cashless) iaitu melalui penggunaan MyKad, untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, dan berangan keperluan lain. Transaksi pembayaran barangan keperluan asas adalah dengan menggunakan MyKad di kedai yang terpilih.
Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima bantuan STR dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di eKasih. Oleh itu pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon bantuan STR dan berdaftar dengan eKasih (golongan miskin). Penerima Bantuan STR dan golongan Miskin Tegar akan menerima bantuan ini secara automatik.
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR MYKASIH ONLINE
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
DAFTAR MYKASIH ONLINE 2025
Bantuan MyKasih perlulah terdiri daripada kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan berdaftar eKasih.
Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Selesai.
KADAR BANTUAN MYKASIH
Bantuan MyKasih/SARA akan diberikan secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan. Jumlah bantuan yang diberikan untuk 2025 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga emas tanpa pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
TARIKH RASMI BAYARAN
Bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
Kaedah pengkreditan dilakukan adalah secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad penerima. Penerima boleh membuat pembayaran MyKasih di dalam premis yang terpilih dengan menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas.
SEMAKAN STATUS DAFTAR MYKASIH ONLINE
Semakan status permohonan dan bayaran boleh dibuat seperti berikut:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Laman sesawang MyKasih: https://mykasih.com.my/
KAEDAH PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk MyKasih adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.
mohon bantuan miskin tegar e-Kasih
Saya ingin buat permohonan ekasih dan bantuan sara
Saya ingin mohon bantuan my kasih.terima kasih
Saya ingin mendapatkan bantuan sumbangan Rahmah (SARA) dan MyKad….,Sekian,Harap Maklum. Alamat kediaman saya sekarang Program Perumahan Rakyat Taman Sri Wangi, Lorong Menggeris 8, Jalan Menggeris, Petra Jaya,93050 Kuching, Sarawak
Saya berharap pihak tuan dapat ersabar dengan segala transaksi untuk mengenal pasti permohonan anda,
Saya ingin mendapatkan bantuan sumbangan Rahmah (SARA) dan MyKad….,Sekian,Harap Maklum. Alamat kediaman saya sekarang Program Perumahan Rakyat Taman Sri Wangi, Lorong Menggeris 8, Jalan Menggeris, Petra Jaya,93050 Kuching, Sarawak
say ingin memohon bantuan mykasih.terima kasih.
Saya ingin memohon bantuan mykasih.terima kasih
Saya ingin mohon bantuan my kasih.terima kasih
Saya ingin mohon bantuan my kasih.terima kasih
Saya nak daftar mykasih
Saya nak daftar mykasih
Tidak dapat login username dan password untuk bantuan mykasih dan MyKad…..
Saya ingin mohon ekasih
Saya sebagai surirumah ingin memohon eKasih