SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE BANTUAN SARA MYKASIH

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE BANTUAN SARA MYKASIH

Dari tahun ke tahun, pihak Kerajaan Madani akan menambahbaik pemberian dan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk manfaat lebih ramai rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagaimanakah permohonan dan semakan status online sumbangan asas rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EKASIH ONLINE REGISTRATION (PENDAFTARAN & PERMOHONAN BANTUAN)

PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Kerajaan Madani telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula sejak Jun tahun 2023 khas untuk 0.2 juta rakyat miskin tegar sebagai bantuan tambahan untuk membantu meringankan bebanan kewangan serta untuk membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas setiap bulan.

Pada tahun 2024 pula, pihak Kerajaan telah menambahbaik pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan menambah peruntukan kepada lebih 0.7 juta penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar.

Dan pada tahun 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka akan memanfaatkan lebih 5.4 juta penerima sedia ada yang berstatus miskin dan miskin tegar termasuk penerima baharu berstatus bukan miskin.

KADAR AMAUN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan adalah mengikut kadar kelayakan setiap kategori seperti berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR AMAUN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM1,200
Warga Emas : RM1,200
Bujang : RM600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM900
Warga Emas : RM450
Bujang : RM0

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

*Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda digalakkan untuk membuat permohonan.

PERMOHONAN ONLINE SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Ikuti panduan cara permohonan Sumbangan Asas Rahmah secara online di pautan Portal Rasmi berikut :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  5. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  6. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  8. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  9. Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
  10. Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
  11. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  12. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  13. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dantick[/] pada ruangan tersebut.
  14. Klik butang [Hantar] di bawah.
  15. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  16. Selesai.

*Nota : Sekiranya anda telah membuat permohonan dan disahkan lulus, anda boleh membuat pendaftaran e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai RM1,200.

  • Panduan Pendaftaran e-Kasih :
    1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
    2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
    3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
    4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
    5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
    6. Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
    7. Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
    8. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
    9. Selesai.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Untuk mengetahui status kelayakan permohonan, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

4 thoughts on “SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE BANTUAN SARA MYKASIH”

  1. Saya ingin mendapatkan bantuan sumbangan Rahmah (SARA) dan MyKad….,Sekian,Harap Maklum. Alamat kediaman saya sekarang Program Perumahan Rakyat Taman Sri Wangi, Lorong Menggeris 8, Jalan Menggeris, Petra Jaya,93050 Kuching, Sarawak

    Reply
    • Saya ingin mendapatkan bantuan sumbangan Rahmah (SARA) dan MyKad….,Sekian,Harap Maklum. Alamat kediaman saya sekarang Program Perumahan Rakyat Taman Sri Wangi, Lorong Menggeris 8, Jalan Menggeris, Petra Jaya,93050 Kuching, Sarawak

      Reply

Leave a Comment