REGISTER BANTUAN MYKAD MADANI (2025 DAFTAR ONLINE)
Bantuan MyKad Madani akan diteruskan lagi pada tahun 2025. Untuk makluman anda bantuan MyKad Madani merupakan bantuan SARA MyKasih dimana bantuan ini akan disalurkan melalui kaedah tanpa tunai (cashless) iaitu MyKad.
Bantu ini juga HANYA akan diberikan kepada pendaftar miskin/miskin tegar eKasih, dan penerima bantuan STR 2025, mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Untuk anda layak menerima bantuan ini, anda hendaklah berdaftar eKasih dan memohon STR 2025, serta lulus bantuan STR.
Bagaimanakah register bantuan mykad madani online 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI
Bantuan MyKad Madani ialah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)/MyKasih dimana ianya merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bersama MyKasih Foundation untuk membantu golongan berpendapatan rendah, atau berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih 2025.
Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima bantuan STR dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di eKasih. Oleh itu pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon bantuan STR dan berdaftar dengan eKasih (golongan miskin). Penerima Bantuan STR dan golongan Miskin Tegar akan menerima bantuan ini secara automatik.
Bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima, untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas bulanan, di kedai runcit yang terpilih untuk program MyKasih.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang SARA/MyKasih melalui MyKad:
- Warganegara Malaysia;
- LULUS dan PENERIMA Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
REGISTER BANTUAN MYKAD MADANI
Bantuan Mykad Madani (SARA/MyKasih) ini perlulah mereka yang layak menerima bantuan STR, dan tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih.
Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Setelah pendaftaran, jika anda ingin membuat semakan pendaftaran, anda boleh klik pautan disini:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx - Selesai.
SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI
Semakan status dan kelayakan bantuan MyKad Madani (SARA/MyKasih) boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
JUMLAH BANTUAN
Bantuan MyKad Madani (SARA/MyKasih) mestilah penerima bantuan STR & pendaftar eKasih, dan bantuan ini akan diberikan secara berperingkat.
Jumlah bantuan yang diberikan untuk 2025 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga emas tanpa pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
TARIKH MASUK BAYARAN BANTUAN MYKAD MADANI
Bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
Kaedah pengkreditan dilakukan adalah secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad penerima. Penerima boleh membuat pembayaran MyKasih di dalam premis dengan menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.
Mohon bantuan kewangan sangat2,,,