CHECK SARA MYKASIH RM100 2025 : CEK STATUS PENERIMA
Berdasarkan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada bulan Oktober lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Sara pada tahun 2025 dengan menyasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima baharu ketimbang tahun 2024 hanya disasarkan kepada 0.7 juta penerima sahaja.
Apa itu sara mykasih dan bagaimanakah cara check status? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN MYKASIH RM100 (BANTUAN SARA EKASIH)
APA ITU SARA MYKASIH
Seperti yang sedia maklum, Bantuan Sara atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang dikendalikan di bawah program MyKasih adalah merupakan sebuah bantuan tambahan bagi membantu meringankan bebanan rakyat untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.
CARA AGIHAN SARA MYKASIH RM100
Pengagihan Bantuan Sara di bawah MyKasih bernilai RM100 akan diagihkan setiap bulan selama tempoh 9 hingga ke 12 bulan (mengikut kelayakan penerima) dan dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai atau pasaraya terdekat secara tanpa tunai (cashless).
JADUAL AGIHAN SARA MYKASIH 2025
Berikut merupakan jadual agihan Bantuan Sara MyKasih untuk tahun 2025 :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH AGIHAN |
---|---|
Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar | Bermula : ** Januari 2025 sehingga : ** Disember 2025 |
Penerima Berstatus Bukan Miskin | Bermula : ** April 2025 sehingga : ** Disember 2025 |
CHECK SARA MYKASIH RM100 2025
Untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2024, setiap individu yang telah memohon boleh check (semak) di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
Terima