PERMOHONAN MYKASIH RM100 2025 (BANTUAN SARA EKASIH)
Pada tahun 2025, kerajaan akan menambah baik sistem pemberian Bantuan Sara di bawah program MyKasih sekaligus peruntukan juga akan ditambah supaya lebih ramai rakyat yang dapat menerima manfaat daripada Bantuan Sara untuk sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah permohonan mykasih untuk penerimaan bantuan sara ekasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS ONE OFF (RM300/RM150)
PENGENALAN MYKASIH RM100 2025
MyKasih adalah sebuah program yang pada awalnya diperkenalkan oleh NGO tempatan dan seterusnya telah mendapat peruntukan oleh kerajaan sebagai Bantuan Sara untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup.
Kaedah agihan Bantuan Sara di bawah MyKasih juga berlainan dengan agihan bantuan lain kerana ia akan diagihkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai atau pasaraya berhampiran seluruh Malaysia.
TEMPOH AGIHAN MYKASIH RM100 2025
Pengagihan Bantuan Sara di bawah MyKasih untuk tahun 2025 terbahagi kepada dua (2) kelayakan iaitu :
- Penerima Bantuan Sara :
- Hanya individu yang memohon Sumbangan Tunai Rahmah serta lulus permohonan ini sahaja akan menerima agihan Bantuan Sara di bawah MyKasih bernilai RM100 setiap bulan selama tempoh 9 bulan sahaja.
- Penerima Bantuan Sara e-Kasih :
- Sekiranya individu yang lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah serta berdaftar dengan e-Kasih akan layak menerima agihan Bantuan Sara di bawah MyKasih bernilai RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH RM100 2025
Untuk menerima Bantuan Sara e-Kasih di bawah MyKasih RM100 setiap bulan, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 (kategori : isi rumah / warga emas);
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima berstatus Miskin atau Miskin Tegar.
PERMOHONAN MYKASIH RM100 2025
Untuk mendapatkan Bantuan Sara MyKasih RM100 setiap bulan selama 9 bulan, individu perlu membuat serta lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah sahaja. Namun, sekiranya untuk mendapatkan Bantuan Sara MyKasih Rm100 setiap bulan selama 12 bulan, individu juga perlu mendaftarkan diri dengan e-Kasih.
Ikuti panduan permohonan Bantuan Sara MyKasih seperti berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
- Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Sekiranya permohonan telah dibuat, pemohon hanya perlu mendaftarkan diri dalam pengkalan data e-Kasih sebagai penerima berstatus Miskin atau Miskin Tegar untuk mendapatkan Bantuan Sara MyKasih RM100 setiap bulan selama 12 bulan sepanjang 2025.
PENDAFTARAN EKASIH RM100 2025
Ikuti panduan pendaftaran e-Kasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
Saya perlu mengunakan duit untuk masa depan saya dan untuk guna semasa pekerjaaan
Saya memerlukan duit untuk membantu keluarga
Saya perlukan duit untuk membeli barang keperluan di rumah