BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Kad Pengenalan (MyKad) untuk rakyat Malaysia direka khas berasaskan cip yang membolehkan ia digunakan seperti kad pintar untuk pembayaran secara tanpa tunai (cashless) dan boleh digunakan untuk menerima bantuan tunai daripada kerajaan.

Bagaimanakah semak kelayakan bantuan rm100 mykad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN EKASIH RM450 : CHECK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN MYKAD 2025

Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad telah diperkenalkan sejak Jun 2023 yang disalurkan di bawah program MyKasih yang bertujuan untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas terutamanya rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025

Ketahui kelayakan anda melalui semakan pada pautan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Sekiranya semakan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Maklumat’, sila semak pada pautan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD

Antara kegunaan Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah untuk pembelian barangan berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk kebersihan.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.

HAD BANTUAN MYKAD 2025

Kerajaan akan menghadkan bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kelayakan Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Warga Emas : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Kelayakan Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.
    • Bujang : RM0.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

8 thoughts on “BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG”

  1. Saya tak pernah daftar apa² bantuan di
    Malaysia ini,dan saya juga tak pernah dapat bantuan, boleh saya tahu macam mana saya nak dapat bantuan

    Reply

Leave a Comment