SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS FASA 1
Penyaluran Bantuan Sara (Sumbangan Asas Rahmah) yang dikendali di bawah program MyKasih akan diteruskan lagi pada tahun 2025 dengan menyasarkan kepada lebih 5.4 juta individu dengan pelbagai kelayakan ketimbang tahun 2024 yang hanya disalurkan kepada 0.7 juta individu yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa sahaja.
Bagaimanakah semakan status sara mykasih fasa 1? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 : CHECK STATUS PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH
Antara syarat kelayakan utama untuk menerima Bantuan Sara di bawah MyKasih adalah :
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima atau lulus permohonan STR 2025;
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar.
KADAR BAYARAN SARA 2025
Pada tahun 2025, kadar Bantuan Sara akan dibayar berdasarkan kelayakan penerima seperti berikut :
- Penerima berstatus Miskin dan Miskin Tegar (Berdaftar dengan e-Kasih) :
- Isi Rumah : RM1,200 (RM100 bagi fasa 1).
- Warga Emas : RM1,200 (RM100 bagi fasa 1).
- Bujang : RM600 (RM50 bagi fasa 1).
- Penerima berstatus Bukan Miskin (Tidak berdaftar dengan e-Kasih) :
- Isi Rumah : RM900 (RM100 bagi fasa 1).
- Warga Emas : RM450 (RM50 bagi fasa 1).
- Bujang : RM0 (Tiada).
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH FASA 1
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Sara di bawah MyKasih bagi fasa pertama (1) :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN FASA 1 |
---|---|
Miskin dan Miskin Tegar (berdaftar dengan e-Kasih) | ** Januari 2025 |
Bukan Miskin (Tidak berdaftar dengan e-Kasih) | ** April 2025 |
SARA MYKASIH 2025 SEMAKAN STATUS FASA 1
Untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan Sara MyKasih fasa 1, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Jika semakan di pautan di atas ‘Tiada dalam rekod’, anda boleh membuat semakan di pautan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah SARA] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
Nama saya ada dalam rekod e kasih…
Tetapi masih belum terima apa2 bantuan yg UTK barangan dapur tiap2 bulan itu…
Cek dalam ic pun masih tiada apa2 wang pun lagi….
Mohon penjelasan dari pihak tuan..
Untuk 2025 masih belum dibayar.