BANTUAN BAKUL MAKANAN : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memberi peluang kepada seramai 8.1 juta penerima untuk menerima bantuan bulanan dalam bentuk bakul makanan dan lain-lain keperluan asas bagi menyokong keperluan hidup harian.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Bakul Makanan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga : SEMAKAN BANTUAN STR (FASA 3 2026 ONLINE)
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima :
- Warganegara Malaysia;
- Had Umur :
- Isi Rumah : 18 tahun dan ke atas;
- Bujang : 21 hingga 59 tahun;
- Warga Emas : 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan :
- Miskin Tegar : Bawah garis kemiskinan semasa dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih;
- Asas : RM2,500 hingga RM5,000 sebulan dan tidak tersenarai dalam rekod data e-Kasih.
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
JUMLAH KELAYAKAN BAYARAN UNTUK BANTUAN BAKUL MAKANAN
Amaun Bantuan yang disalurkan kepada penerima adalah berbeza mengikut kategori dan kelayakan seperti berikut:
- Penerima Status Miskin Tegar :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 Setahun RM200/bulan (bermula Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 Setahun RM150/bulan (bermula Januari – Disember) |
| Bujang | RM1,200 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima Status Asas :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM1,200 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 Setahun RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
| Bujang | RM600 Setahun RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
SENARAI BARANGAN BANTUAN BAKUL MAKANAN
Berikut merupakan barangan makanan asas yang diluluskan :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN BAKUL MAKANAN SECARA ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan di Portal SARA:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA Bulanan 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA DAPATKAN BANTUAN BAKUL MAKANAN
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan makanan asas (berdasarkan produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.