CARA SEMAKAN BANTUAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

CARA SEMAKAN BANTUAN SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui mykad kini diperluas ke Sabah dan Sarawak dimana penerima yang layak bantuan sara akan menerima bayaran sehingga RM2,100 pada tahun 2026 melalui mykad, lebih tinggi berbanding sebelum ini bagi memastikan keperluan asas golongan memerlukan sentiasa mencukupi.

Bagaimanakah cara semakan status penerima bantuan sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN SARAWAK 2026 : SEMAKAN STATUS SKAS FASA 3

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN AMAUN BANTUAN SARA

Jumlah bantuan SARA 2026, adalah seperti berikut :

PENERIMA EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Kategori Isi Rumah
RM200/bulan (bermula Januari – Disember)
Kategori Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM150/bulan (bermula Januari – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
Bujang
RM100/bulan (bermula Januari – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

CARA PENYALURAN BANTUAN SARA

Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.

CARA SEMAKAN BANTUAN SARA

Status Bantuan SARA boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. Status kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik Status Kelayakan SARA.
  11. Status kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
  12. Selesai.

CARA BELI BARANG BANTUAN SARA

Pembelian barangan keperluan asas Bantuan SARA adalah seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment