CARA SEMAK SARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Menurut Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), hampir 9 Juta individu disahkan layak menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun 2026 melalui pengkreditan secara bulanan ke MyKad penerima di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagaimanakah cara semak status sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA GUNA MYKASIH 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA 2026 :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
CARA PENGKREDITAN ELAUN SARA
Setiap bulan, elaun bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
|---|---|
| Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Penyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad. |
SEMAK STATUS KELAYAKAN SARA
Status kelayakan SARA boleh di semak secara online seperti berikut :
- Portal SARA;
- Portal MySTR
Semak Status Kelayakan di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Seterusnya, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semak Status Kelayakan di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Tekan (Semak Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
AMAUN KELAYAKAN SARA 2026
Kadar kelayakan bantuan SARA 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 RM200 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM1,200 RM100 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 RM150 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM600 RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
| Bujang | RM1,200 RM100 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM600 RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) |
SENARAI BARANG KEPERLUAN ASAS SARA
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad :
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mi segera;
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe);
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang);
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam);
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita);
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM);
- Barangan persekolahan (Contoh : Alat tulis, Pakaian Seragam Sekolah, Kasut Sekolah);
- Barangan Kebersihan Rumah (Contoh : Breeze, Daia, Dettol pencuci, sabun pencuci lantai);
- Makanan Sejuk Beku (Contoh : Ayam beku, nugget, sayur beku, makanan laut beku).
CARA BELI BARANGAN SARA
Cara Pembelian barangan keperluan asas SARA di kedai runcit adalah seperti berikut :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SEMAK BAKI SARA DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan SARA Dalam MyKad boleh di semak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi SARA;
- Aplikasi MyKasih;
- Di Kaunter Pembayaran Kedai Berdaftar MyKasih;
- Resit Pembelian Barang MyKasih.
Semakan di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
- Tekan(Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026
Macam mna saya isi sumbangan asas Rahmah Yee puan
semakan setatus,adakah saya layak menerima bantuan
I am veteran need this SARA. Tq
I am a pensioner. Adakah saya layak?
Kerja kampung sawah