SEMAKAN BAKI SARA YANG ADA DALAM MYKAD
Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) ke dalam MyKad penerima kini telah dilaksanakan selama enam (6) bulan dan berbaki lagi enam (6) bulan yang mana baki bayaran adalah separuh dari jumlah penuh yang telah disalurkan.
Bagaimanakah semakan baki SARA yang ada dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS BAYARAN SKAS SARAWAK – SETIAP FASA 2026
JUMLAH BAKI SARA YANG ADA DALAM MYKAD
Setakat ini (Jun), bayaran Bantuan SARA yang telah dikreditkan dalam MyKad dan baki yang belum dikreditkan adalah sebanyak berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH YANG TELAH DIKREDITKAN | JUMLAH BAKI YANG BELUM DIKREDITKAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 X 6 bulan (Januari – Jun) = RM1,200 | RM200 x 6 bulan (Julai – Disember) = RM1,200 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 x 6 bulan (Januari – Jun) = RM600 | RM100 x 6 bulan (Julai – Disember) = RM600 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 x 6 bulan (Januari – Jun) = RM900 | RM150 x 6 bulan (Julai – Disember) = RM900 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 x 6 bulan (Januari – Jun) = RM300 | RM50 x 6 bulan (Julai – Disember) = RM300 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 x 6 bulan (Januari – Jun) = RM600 | RM100 x 6 bulan (Julai – Disember) = RM600 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 x 6 bulan (Januari – Jun) = RM300 | RM50 x 6 bulan (Julai – Disember) = RM300 |
TARIKH BAYARAN BAKI SARA DALAM MYKAD
Untuk tahun 2026, bayaran Bantuan SARA dikreditkan dalam MyKad adalah mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN TELAH DILAKSANAKAN | TARIKH BAYARAN BELUM DILAKSANAKAN |
|---|---|
| 9 – 16 Januari 2026 | 1 Julai 2026 |
| 1 Februari 2026 | 1 Ogos 2026 |
| 1 Mac 2026 | 1 September 2026 |
| 1 April 2026 | 1 Oktober 2026 |
| 1 Mei 2026 | 1 November 2026 |
| 1 Jun 2026 | 1 Disember 2026 |
SEMAKAN BAKI SARA YANG ADA DALAM MYKAD
Bagi penerima yang telah menggunakan bayaran Bantuan SARA, boleh mengetahui jumlah baki yang ada dalam MyKad dengan buat semakan di portal rasmi seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SARA (Sumbangan Asas Rahmah) | https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi SARA di atas 👆.
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan SARA].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tick pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Baki terkumpul SARA setakat hari ini (RM) akan dipaparkan.
- Selesai.
TEMPOH GUNA BAKI SARA DALAM MYKAD
Baki Bantuan SARA yang ada dalam MyKad perlu digunakan selama tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
| TEMPOH GUNA | TARIKH TAMAT TEMPOH |
|---|---|
| 12 bulan (Januari – Disember) | 31 Disember 2026 |
LANGKAH GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Mudah sahaja untuk guna Bantuan SARA dalam MyKad, ikuti langkah-langkah berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran.
- (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi SARA : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.