BORANG LESEN MEMANDU PERCUMA : 2026 ONLINE PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)
Salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan belia kurang berkemampuan, ialah dengan menyediakan Bantuan Lesen Memandu Percuma, untuk mempertingkat kebolehpasaran dan persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan melalui Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Bagaimanakah borang permohonan lesen memandu percuma 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: STR FASA 3 SEMAKAN : SEMAK STATUS ONLINE 2026
APA ITU BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLESEN B2) merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mempertingkat kebolehpasaran 15,000 pelajar sekolah menengah/ universiti dan belia yang sedang mencari pekerjaan, dari kumpulan B40, sebagai proses persiapan dan persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan melalui pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal).
KATEGORI LESEN PERCUMA YANG DISEDIAKAN
Lesen yang akan diberikan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
| JENIS BANTUAN | KATEGORI LESEN |
|---|---|
| Lesen Memandu Percuma (MyLESEN B2) | Lesen Memandu Motosikal (B2) |
SYARAT KELAYAKAN PESERTA LESEN MEMANDU PERCUMA
Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur antara 16 hingga 35 tahun;
- Pelajar Sekolah Menengah / Institusi Pengajian atau belia;
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
- Sihat fizikal dan mental;
- Tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu Malaysia atau memiliki Lesen Belajar Memandu (LDL) Kelas B2 yang tamat tempoh lebih dua (2) tahun; dan
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.
LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN
PermPermohonan lesen memandu percuma MyLesen B2 adalah HANYA secara fizikal di Pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia yang berdekatan.
Ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :
- Kunjungi Jabatan pengangkutan Jala Raya (JPJ) Negeri berdekatan anda.
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2026.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan tersebut ke pejabat JPJ berdekatan.
- Setelah permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
- Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Untuk permohonan lesen memandu percuma, individu dikehendaki menyediakan dokumen sokongan permohonan seperti berikut;
- Salinan Kad Pengenalan.
- Gambar Berukuran Pasport Terkini.
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan.
BORANG LESEN MEMANDU
Pemohon hendaklah mengunjungi pejabat JPJ berdekat untuk mendapatkan borang rasmi permohonan, kemudian isi maklumat permohonan dengan lengkap dan hantar ke pejabat JPJ tersebut.
TUJUAN PERLAKSANAAN PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA
Objektif utama Program Lesen Memandu Secara Sercuma adalah seperti berikut:
- Meningkatkan tahap keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan & persediaan memasuki alam pekerjaan.
MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN
Berikut merupakan maklumat penting yang perlu dipatuhi peserta untuk mengemukakan permohonan bantuan.
- Pendaftaran melalui borang ini tidak menjamin anda terus terpilih untuk menyertai Program ini.
- Program ini akan berlangsung bermula Mac sehingga Oktober 2026.
- Permohonan anda akan disaring mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hanya peserta yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh JPJ Negeri untuk mendaftar di Institut Memandu (IM) yang ditetapkan.
- Kos yuran peserta melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke IM dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti Pogram ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu yang ditetapkan oleh JPJ.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh MOT dan JPJ dari semasa ke semasa.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : +60 3 8000 8000
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/mylesen
bantuan lesen
Lesen percuma pless
Lesen percuma
Morning miss macam mana nak isi borang lesen memandu ni
Lesen percuma
nak lesen
Assalamualaikum sis mcm mana nak apply lesen percuma sya nak
Nak lesen jugak
Cara mohon lesen
Hello , kalau boleh tahu mcam mna nak memohon lesen memandu percuma untuk b40?
Nak mohon mcm mana.. tiada link utk daftar
kampung gong bayor
hi mcm mana nak mohon lesen percuma ye
Cara mohon plisss
Nak mohon lesen percuma
cara mohon lesen