CARA PERMOHONAN STR 2027 : SECARA ONLINE

CARA PERMOHONAN STR 2027 : SECARA ONLINE

Tarikh permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 secara dalam talian di Portal Rasmi MySTR akan dibuka tidak lama lagi. Bagi pemohon baharu yang belum menerima STR, boleh ikuti langkah-langkah permohonan STR 2027 dengan mudah secara online.

Bagaimanakah cara permohonan str 2027 secara online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : PERMOHONAN STR 2027 : CARA PERMOHONAN STR 2027 ONLINE

CARA PERMOHONAN STR 2027

Permohonan rasmi STR 2027 boleh di buat melalui dua (2) kaedah rasmi seperti berikut :

  • Permohonan secara dalam talian (online);
  • Permohonan secara fizikal
KAEDAH PERMOHONANPANDUAN PERMOHONAN
Permohonan OnlinePermohonan boleh di buat secara dalam talian (online) di di Portal Rasmi MySTR 2027
Permohonan FizikalMelalui borang kertas permohonan STR (BK-01)

Pemohon boleh mendapatkannya di Portal Rasmi MySTR atau di Pejabat HASiL / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, dan hantar borang permohonan tersebut di Pejabat berdekatan.

TARIKH RASMI PERMOHONAN STR 2027

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan permohonan STR 2027, anda boleh membuat permohonan bermula tarikh berikut :

JENIS PERMOHONANTARIKH PERMOHONAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
2027
1 Oktober 2026 (Fizikal)

15 Oktober 2026 (Online)

CARA PERMOHONAN STR 2027 ONLINE

Jika anda memenuhi kriteria dan kelayakan, anda boleh membuat permohonan STR 2027 secara online seperti langkah-langkah berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

SYARAT PERMOHONAN STR 2027

Sebelum membuat permohonan STR 2027, anda mestilah memenuhi kriteria dan kelayakan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi RumahBerkahwin
(Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

SEMAKAN PERMOHONAN STR 2027

Setelah berjaya membuat permohonan STR 2027 dan telah berdaftar akaun Portal MySTR, anda boleh ikuti cara semakan status permohonan seperti berikut untuk mengetahui status permohonan anda berjaya atau sebaliknya :

  1. Layari ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2027 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KAEDAH PENGKREDITAN STR 2027

Sekiranya permohonan STR 2027 anda diluluskan, anda layak menerima pengkreditan bayaran untuk setiap fasa bantuan melalui kaedah seperti berikut :

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

INFO LANJUT

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment