CHECK BANTUAN SABAH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM600)

CHECK BANTUAN SABAH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM600)

Program Sentuhan Kasih Rakyat telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah sebagai inisiatif bantuan dalam bentuk sokongan kewangan bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah, khususnya golongan Miskin dan Miskin Tegar eKasih, dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanakah check bantuan sabah online? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BORANG LESEN MEMANDU PERCUMA : 2026 ONLINE PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)

APA ITU BANTUAN SABAH ONLINE

Bantuan Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Sabah untuk membantu meringankan beban kewangan rakyatnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menerusi Belanjawan Sabah 2026, kerajaan telah memperuntukkan RM339.16 juta untuk program ini, yang bakal memberi manfaat kepada 140,000 penerima pada fasa pertama yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Penerima Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

CHECK BANTUAN SABAH ONLINE

Status Kelayakan Penerima Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti kaedah berikut :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH

Bantuan SABAH akan dilaksanakan mengikut jadual berikut :

FASA BAYARANJENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
Fasa 1Mempunyai Akaun Bank11 Mac 2026
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Fasa 2Mempunyai Akaun Bank21 Mei 2026
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
18 – 23 Jun 2026
Fasa 3Mempunyai Akaun BankBelum diumumkan
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Belum diumumkan
Fasa 4Mempunyai Akaun BankBelum diumumkan
Tidak Mempunyai Akaun Bank
(Secara Tunai)
Belum diumumkan

CHECK JUMLAH BANTUAN SABAH

Kadar kelayakan bantuan Sabah 2026 adalah seperti berikut :

FASA BANTUANKADAR BANTUAN (RM)
Fasa 1RM600
Fasa 2RM600
Fasa 3RM600
Fasa 4RM600

CARA PENYALURAN BANTUAN SABAH

Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Bantuan SABAH kepada penerima yang layak :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan

RUJUKAN LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

1 thought on “CHECK BANTUAN SABAH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM600)”

Leave a Comment