BILAKAH BAYARAN SARA ONE OFF : SEMAK DUIT MASUK BANTUAN RM300/RM150

BILAKAH BAYARAN SARA ONE OFF : SEMAK DUIT MASUK BANTUAN RM300/RM150

Berikutan pemakluman yang terkini oleh Kementerian Kewangan (MOF), pembayaran Bantuan SARA secara one-off kepada 8 juta rakyat yang belum menerima Bantuan SARA secara ansur setiap bulan pastinya tertunggu-tunggu bilakah bayaran SARA secara one-off akan masukkan. Oleh itu, bagi menepati janji kerajaan akan mula membayarnya hari ini.

Bilakah bayaran sara dan bagaimanakah semakan duit bantuan masuk? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA SEMAKAN STATUS : ONE OFF (RM300/RM150)

APA ITU SARA ONE OFF

SARA atau rasminya dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diagihkan melalui tiga (3) jenis bayaran iaitu secara ansur setiap bulan, secara ansur dua (2) kali setahun dan secara one-off (sekaligus).

Pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) pula adalah khas kepada penerima STR yang bukan berstatus miskin atau miskin tegar serta belum menerima bayaran secara ansur setiap bulan mahupun ansur dua (2) kali setahun.

BILAKAH BAYARAN SARA ONE OFF

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), pembayaran Bantuan SARA secara one-off akan dibayar berperingkat bermula 9 DISEMBER 2024, ISNIN (HARI INI) dengan kadar yang ditetapkan kepada setiap penerima antara RM150 sehingga RM300 (tertakluk kepada kelayakan).

TARIKH MULA
BAYARAN SARA
TARIKH AKHIR
BAYARAN SARA
9 DISEMBER 2024** DISEMBER 2024

BERAPAKAH KADAR BAYARAN SARA ONE OFF

Kadar bayaran Bantuan SARA secara one-off adalah antara RM150 sehingga RM300, namun ianya tertakluk dan bergantung kepada kelayakan setiap kategori penerima yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang merangkumi golongan isi rumah dan juga golongan bujang.

KATEGORI ISI RUMAHKATEGORI BUJANG
Isi Rumah Berpasangan : RM300Bujang 21 hingga 59 tahun : RM150
Isi Rumah Tunggal : RM300Bujang 60 tahun dan ke atas : RM150

BERAPAKAH JUMLAH PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF

Jumlah keseluruhan penerima bayaran Bantuan SARA secara one-off adalah seramai lebih kurang 8 juta rakyat dewasa Malaysia yang merangkumi golongan isi rumah dan juga golongan bujang yang berpendapatan rendah dan sederhana.

KELAYAKAN KATEGORIJUMLAH PENERIMA
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal)
3.5 juta penerima
BUJANG
(Belia / Warga Emas)
4.5 juta penerima

BAGAIMANAKAH CARA PENERIMAAN BAYARAN SARA

Cara penerimaan bayaran Bantuan SARA secara one-off adalah berlainan bagi setiap penerima kerana ianya akan dibayar mengikut keadaan penerima itu sendiri iaitu antara diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam akaun bank penerima.

JENIS PENERIMACARA PENERIMAAN
BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan ke dalam akaun bank
Penerima Tiada Akaun BankDiberikan secara tunai di kaunter BSN

SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA ONE OFF

Untuk mengetahui status sebagai penerima bayaran Bantuan SARA secara one-off, setiap individu hanya perlu membuat semakan seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
PORTAL SEMAKAN STATUS SARAhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari pautan Portal Semakan Status SARA di atas.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
  4. Klik butang [Log Masuk].
  5. Bahagian pengesahan akan dipaparkan, klik butang [Semak].
  6. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] sekiranya frasa tersebut adalah betul.
  8. Masukkan kata laluan yang betul.
  9. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  10. Bahagian profil pemohon akan dipaparkan.
  11. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘LULUS’.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

4 thoughts on “BILAKAH BAYARAN SARA ONE OFF : SEMAK DUIT MASUK BANTUAN RM300/RM150”

  1. Sejak dr 10/12/24 saya tunggu duit sara one off tp dalam STR tertera Dalam proses pengkreditan.Bank CIMB..Pd hal tarikh 9hb Dec duit sdh mula di beri…

    Reply
  2. Sara one off belum masok bank..pdahal tulis dh berjaya dikreditkn 27/12/24…Dari tarikh dikreditkn dah seminggu tapi blm masok lagi… dh tahun 2025 pun..macam mana tu??

    Reply

Leave a Comment