SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF DAPAT BILA : SEMAK BAYARAN BANTUAN RM300/RM150

SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF DAPAT BILA : SEMAK BAYARAN BANTUAN RM300/RM150

Berita baik yang dinantikan oleh 8 juta rakyat dewasa Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telahpun diumumkan bahawa kerajaan akan menyumbangkan Sumbangan Asas Rahmah dengan kadar antara RM150 sehingga RM150 secara one-off bermula hari ini.

Bagaimanakah semak bayaran sumbangan asas rahmah one-off? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILAKAH BAYARAN SARA ONE OFF : SEMAK DUIT MASUK BANTUAN RM300/RM150

SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF DAPAT BILA

Sesetengah penerima dijangka boleh mula mendapatkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara one-off bermula hari ini (9 DISEMBER 2024, Isnin) di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi penerima yang tiada akaun bank;dan

Bagi penerima yang mendaftarkan nombor akaun bank semasa permohonan STR perlu menunggu bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dikreditkan secara berperingkat mengikut waktu setiap bank seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam;
  • Lain-lain Bank : Selepas 10 malam.

*Bagaimanapun, pengkreditan mungkin mengambil masa selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

SEMAK BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Untuk mengetahui bilakah anda akan dapat bayaran Sumbangan Asas Rahmah secara one-off, ikuti panduan semakan status bayaran di bawah :

  1. Layari pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik [TUTUP] pada iklan pemakluman terkini.
  3. Masukkan [No. Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Bahagian pengesahan akan dipaparkan, klik butang [Semak].
  6. [Frasa Keselamatan Pemohon] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] sekiranya frasa tersebut adalah betul.
  8. Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  9. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  10. [Profil Pemohon] akan dipaparkan.
  11. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan [Lulus Bayaran SARA One Off RM300] atau [Lulus Bayaran SARA One Off RM150].
  13. Selesai.

KADAR KELAYAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Penerimaan bayaran Sumbangan Asas Rahmah secara one-off adalah mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap kelayakan seperti berikut :

  • 4.5 juta penerima berstatus Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak :
    • Berumur 21 hingga 59 tahun akan menerima RM150; atau
    • Berumur 60 tahun dan ke atas akan menerima RM150.
  • 3.5 juta penerima berstatus Berkeluarga / Ibu bapa tunggal :
    • Isi Rumah Berpasangan (ada atau tiada anak) akan menerima RM300; atau
    • Isi Rumah Tunggal (ada anak) akan menerima RM300.

CARA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Terdapat dua (2) cara bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara one-off, iaitu :

  • Penerima tiada akaun bank / status ‘Gagal Kredit’ :
    • Boleh menuntut bayaran Sumbangan Asas Rahmah di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Penerima ada akaun bank :
    • Perlu menunggu bayaran Sumbangan Asas Rahmah dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau pasangan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

1 thought on “SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF DAPAT BILA : SEMAK BAYARAN BANTUAN RM300/RM150”

  1. Kawan2 semua sudah dapat tp saya x dapat….semak dlm strpn x da..padahal sama ja status sy dgn yg lain2..pilih kasih juga ye…taklah,duit kerajaan,x mengharapkan sgt..

    Reply

Leave a Comment