BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 (FASA 1 STR) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 (FASA 1 STR) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Kumpulan sasaran yang akan menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 adalah yang berpendapatan rendah (B40) dan yang berpendapatan sederhana (M40) merangkumi isi rumah berkeluarga, ibu bapa tunggal, warga emas dan juga bujang menghampiri 9 juta rakyat Malaysia.

Bagaimanakah semak status bantuan sumbangan tunai rahmah fasa pertama (1)? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAK DIVIDEN ASB ONLINE : CEK JUMLAH BAKI TERBARU

BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan sebuah bantuan tunai yang disalurkan kepada rakyat Malaysia bagi membantu meningkatkan dayatahan kewangan dan mengurangkan bebanan kewangan untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup bagi sepanjang tahun.

Oleh itu, kerajaan Madani telah meningkatkan kadar peruntukan penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 iaitu sebanyak RM13 billion (yang juga merupakan kadar peruntukan yang tertinggi berbanding tahun lalu).

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 akan dibayar setiap kategori mengikut jumlah seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Merangkumi isi rumah berpasangan (ada atau tiada anak) dan isi rumah tunggal (ada anak) bergantung bilangan anak :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
STR 2025
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
  • KATEGORI BUJANG :
    • Merangkumi bujang, balu, janda, duda tiada anak bergantung kepada umur penerima :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
STR 2025
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
RM600
Bujang Berumur
60 tahun dan ke atas
RM600

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima lazimnya secara ansur berfasa mengikut jadual seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH
Fasa1** Februari 2025
Fasa 2** April 2025
Fasa3** Ogos 2025
Fasa 4** November 2025
*Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan akan dikemaskini apabila tarikh rasmi telah diumumkan oleh Kerajaan.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 (FASA 1 STR)

Berikut merupakan panduan semakan status Sumbangan Tunai Rahmah untuk mengetahui status layak atau tidak bagi fasa pertama (1) 2025 :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

1 thought on “BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 (FASA 1 STR) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment