BANTUAN SARA 2025 : CEK STATUS NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

BANTUAN SARA 2025 : CEK STATUS NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

Inisiatif Bantuan SARA atau Sumbangan Asas Rahmah bakal diteruskan lagi pada tahun hadapan yang menyasarkan kepada lebih ramai penerima yang layak iaitu seramai lebih 5.4 juta berbanding tahun 2024 hanya diberikan kepada 0.7 juta penerima sahaja.

Bagaimanakah cara mengetahui status nama sebagai penerima Bantuan SARA layak atau tidak? Ikuti panduan cek status dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 1 STR) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

PENGENALAN BANTUAN SARA 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diperkenalkan di bawah MyKasih bertujuan untuk membantu menampung kos pembelian keperluan asas rakyat setiap bulan bagi sepanjang tahun.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA

Hanya individu yang berkelayakan seperti berikut sahaja akan menerima Bantuan SARA :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
  • Berstatus Miskin dan Miskin Tegar (berdaftar di bawah e-Kasih); atau
  • Berstatus Asas Bukan Miskin (tidak berdaftar di bawah e-Kasih).

KADAR AGIHAN BANTUAN SARA 2025

Pengagihan Bantuan SARA adalah mengikut kelayakan setiap kategori seperti berikut :

  • Status Kelayakan Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM1,200 setahun.
    • Warga Emas : RM1,200 setahun.
    • Bujang : RM600 setahun.
  • Status Kelayakan Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM450 setahun.
    • Bujang : -.

CEK STATUS NAMA PENERIMA BANTUAN SARA 2025

Status nama penerima Bantuan SARA boleh diketahui melalui semakan di pautan berikut :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bayaran Bantuan SARA’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

CARA BANTUAN SARA DIAGIHKAN

Agihan Bantuan SARA adalah bergantung kepada negeri penerima seperti berikut :

  • Semenanjung Malaysia :
    • Diagihkan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun yang dibuka berdasarkan kad pengenalan penerima ansur setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai dan pasaraya seluruh Malaysia.
  • Sabah dan Sarawak :
    • Diagihkan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “BANTUAN SARA 2025 : CEK STATUS NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)”

Leave a Comment